Pages

Friday, October 28, 2011

Papan Tanda Yang Kelakar

Papan tanda bertujuan untuk menyampaikan pelbagai jenis mesej seperti "Dilarang Meletakkan Kenderaan" atau "AWAS" atau sebagainya namun, zaman sekarang yang semakin pesat membangun telah pun mengubah senario papan tanda ini. Masalah seperti typo atau penggunaan bahasa yang salah adalah sesuatu yang biasa. Hari ini Gatal Tangan akan memaparkan beberapa gambar yang kelakar mengenai papan tanda ini.






























Wednesday, October 26, 2011

Laporan Penuh Perlawanan Carling Cup : Stoke City vs Liverpool

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan The Reds kerana berjaya melangkah ke pusingan seterusnya dan tahniah dan syabas juga kerana berjaya menamatkan badi di Stadium Britania. Liverpool ketinggalan 1-0 ketika separuh masa pertama meskipun memiliki jumlah percubaan yang banyak akibat dari gagal dalam menajamkan penyudah setiap gerakkan. Namun, Liverpool bangkit dalam separuh masa kedua hasil jaringan dari Luis Suarez di minit ke 53 dan minit ke 84. Dengan senyuman yang terukir di raut wajah saya, hari ini Gatal Tangan paparkan laporan perlawanan Stoke menentang Liverpool.

Kenny Dalglish memasuki padang.
1) Jaringan Gol.
Jones meletakkan Stoke dihadapan dengan jaringan hasil dari hantaran Walters atas kesilapan besar Coates yang mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan bola dari kawasan sendiri dan Walters yang bijak mengambil peluang untuk menghantar bola tepat ke arah Jones dan akhirnya menjaringkan gol. Bagaimanapun, Liverpool bangkit dalam separuh masa kedua dan hasil gerakkan cantik Suarez, dia berjaya menjaringkan gol penyamaan yang cantik selepas menggelecek pertahanan lawan. Gol kemenangan Liverpool terhasil ketika babak akhir permainan iaitu pada minit ke 84 yang juga dijaringkan Suarez melalui tandukkan hasil dari hantaran cantik Henderson.

Carroll dalam percubaan pertamanya melalui tandukkan.
2) Penyokong Liverpool
Penyokong Liverpool di Stadium Britania sememangnya terbaik. "Singing and Chanting" dari awal perlawanan hinggalah ke minit-minit akhir perlawanan sememangnya membuktikan, siapa penyokong terbaik dalam dunia. Keadaan di Britania seolah-olah bertukar menjadi Anfield dengan sokongan padu penyokong The Reds.

Maxi bergelut menyelamatkan bola.
3) Maxi Rodriguez Tidak Bagus
Samada sudah tidak "perform" atau mempunyai masalah lain, Maxi kerap melakukan kesilapan seperti silap membuat hantaran dan sering gagal dalam memegang bola. Impaknya hanya dalam menggerakkan bola dan prestasinya dilihat sedikit baik pada separuh masa kedua. Jika saya adalah Dalglish, Bellamy sudahpun menggantikan Maxi di separuh masa kedua.

Coates turut serta ketika sepakan sudut diberikan.
4) Coates Bangkit Dari Kesilapan.
Dia adalah punca mengapa Walters mampu menghantar bola yang cantik kepada Jones untuk menjaringkan gol awal perlawanan. Dia juga kurang mampu bertahan jika dibandingkan dengan prestasinya di Copa America namun, itu hanya pada babak separuh masa pertama. Coates bangkit dalam separuh masa kedua dengan aksi yang lebih bertenaga. Berharap agar dia kekalkan prestasi terbaiknya untuk terus menjadi pertahanan yang baik di Liverpool.

Kekecewaan jelas terpampang dalam babak pertama.
5) Carragher Masih Terbaik.
Meskipun dikenakan kad kuning kerana menyentuh bola dengan tangan ketika menghalang gerakkan lawan, pada saya dia antara pemain pertahanan Liverpool yang mantap. Lihatlah dia ketika dia diturunkan, meskipun semakin dimamah usia, Carra masih memberikan persembahan yang baik serta banyak membantu pertahanan lain. Dia adalah kapten dibahagian pertahanan. Dia yang menyentuh bola saya anggap sebagai tindakkan refleks.

Skrtel memberikan aksi yang memberansangkan.
6) Skrtel Semakin Baik.
Dia dibawa masuk pada separuh masa kedua menggantikan Carra dengan corak bertahan yang baik. Ternyata, peluang beraksi yang diberi padanya dimanfaatkan dengan baik.

2 gol Suarez membenam Stoke.
7) Suarez Kembali Menemui Penyudahnya.
Selepas gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan sebelum ini biarpun memiliki jumlah percubaan yang banyak, kali ini Suarez kembali menemui sentuhannya dengan dua jaringan darinya membenam Stoke dilaman sendiri. Gol-gol yang dihasilkannya juga berkelas dunia dengan gerakkan yang cantik terutama gol pertamanya ketika menentang Stoke semalam.

Carroll semakin baik.
8) Gandingan Carroll Dan Suarez Semakin Baik.
Meskipun Carroll gagal menjaringkan gol dan terlepas dari menjaringkan gol akibat tergelincir, gandingannya denga Suarez ternyata memberikan impak positif. Mana tidaknya, pertahanan lawan terpaksa menjaga Suarez yang lincah dan menjaga Carroll yang tinggi dan keras. Carroll juga beraksi baik dengan Bellamy yang dibawa masuk pada minit ke 81.

Woodgate gagal menghalang Carroll.
9) Woodgate = Woodgay
Suka memeluk... Coates dan Suarez antara pemain yang berjaya dipelukknya dan yang paling malang sekali adalah Coates kerana jika dia tidak dipeluk, pastinya dia berjaya merembat bola ke arah gawang lawan namun, Woodgate yang sedang teransang memeluk Coates dari belakang dan bertambah malang apabila mata pengadil "diamsuki habuk" dan gagal melihat adegan "panas" Woodgate itu.

Kecederaan biasa atau serius?
10) Suarez Cedera?
Dia dikeluarkan pada minit ke 88 dan digantikan dengan Kuyt namun, Suarez dilihat terencut-encut semasa dipimpin keluar. Berita lanjut mengenai kecederaannya masih belum dipastikan. Apa-apa pun, kami penyokong The Reds, pastinya berharap Suarez bebas dari sebarang kecederaan.

Lucas meraikan kemenangan sebagai kapten.
Sekian sahaja laporan perlawanan ini, Gatal Tangan berharap agar Liverpool terus kekal dalam prestasi terbaiknya ini dan akhir kata dari saya, YNWA!!!