Namun ini adalah bola sepak dan bola itu bulat. Bukan dari keputusan semasa sahaja yang perlu dikira namun pelbagai aspek mempengaruhi keputusan perlawanan. Disini disertakan 5 rekod perlawanan Tottenham menentang Liverpool sebelumnya.
15/05/2011 : EPL : Liverpool vs Tottenham : 0 - 2
29/11/2010 : EPL : Tottenham vs Liverpool : 2 - 1
21/01/2010 : EPL : Liverpool vs Tottenham : 2 - 0
16/08/2009 : EPL : Tottenham vs Liverpool : 2 - 1
24/05/2009 : EPL : Liverpool vs Tottenham : 3 - 1
Baik, melihat pada keputusan perlawanan sebelumnya, Liverpool tidak pernah menang keatas Tottenham pada musim lepas dan kedua-dua perlawanan bolos 2 gol. Sekarang kita lihat pula, 3 perlawanan masing-masing dalam musim ini.
Tottenham : 10/09/2011 : Wolverhampton : Menang 2-0
28/08/2011 : Manchester City : Kalah 5-1
22/08/2011 : Manchester United : Kalah 3-0
Tewas dalam 2 kali dalam 3 perlawanan sebelumnya menyaksikan Tottenham terpelosok di tangga ke 15 pada awal musim ini dan lihat pula Liverpool...
Liverpool : 10/09/2011 : Stoke City : Kalah 1-0
27/08/2011 : Bolton : Menang 3-1
20/08/2011 : Arsenal : Menang 2-0
Menang 2 dari 3 perlawanan sebelumnya dan ini berbeza dengan Tottenham yang tewas 2 kali dalam perlawanan sebelumnya. Bermakna jika dari segi keputusan semasa dan rekod sebelumnya, boleh dikategorikan seri atau Liverpool menang tipis namun, masih belum memadai dengan sekadar keputusan perlawanan sahaja. Sekarang kita pergi ke bahagian kedua dalam membuat ramalan.
Barisan pemain di Liverpool dilihat kuat berbanding dengan Tottenham. Beberapa pemain dari Tottenham dilaporkan dalam kecederaan seperti Sandro, Pienaar, Gallas, Modric dan King. Dapat dilihat pemain-pemain penting Tottenham seperti Gallas dan Modric mungkin tidak dapat beraksi dan ini memberikan sedikit kelebihan kepada Liverpool. Pemain yang dijangka mampu menggugat pertahanan Liverpool adalah Bale, Lennon, Van Der Vart serta Adebayor namun kehilangan Modric di tengah serta Gallas di pertahanan mungkin sedikit melemahkan Tottenham. Liverpool pula dijangka kuat dengan kembalinya Gerrard dan berganding dengan Suarez, Kuyt, Downing, Henderson, Lucas dan Carroll. Lihat pada senarai pemain dalam barisan masing-masing kelihatan masih memihak Liverpool namun masih ada lagi yang perlu dipertimbangkan.
Pemain Liverpool kelihatan tersentak selepas tewas kepada Stoke tempoh hari dan ini mampu membuka mata mereka unutk kembali ke landasan yang sebenar. Keyakinan ini ditunjukkan Suarez dimana dia dengan jelas mengatakan bahawa tewas kepada Stoke tempoh hari adalah sesuatu yang perlu bagi menyedarkan mereka. Kemunculan semula Gerrard kedalam skuad juga kembali menceriakan ramai pemain, dia adalah kapten yang sebenar yang mampu menarik kembali semangat pemain lain untuk berjuang berhabisan. Tottenham pula diceriakan dengan kenyataan Adebayor dimana dia sanggup bekerja keras untuk meletakkan Tottenham kembali ke puncak liga dan menempah tiket ke Liga Juara-Juara meskipun Tottenham menerima komen negatif dari Van Der Vart yang marah kerana disingkirkan dan marah kepada kelab yang kurang berminat untuk kembali ke Liga Eropah.
Berdasarkan dari 3 sudut pandangan tadi, Gatal Tangan menjangkakan Liverpool memenangi perlawan di White Hart Lane ini dengan keputusan 2-1. Sekiranya benar Tottenham kehilangan Modric dan Gallas maka lebih jaringan mampu dijaringkan Liverpool.
Sekian dari Gatal Tangan dan akhir kata dari saya...YNWA!!
No comments:
Post a Comment