Pages

Wednesday, October 26, 2011

Antara Persatuan Bola Sepak atau FAM atau KBS, Siapa Lebih Besar??

Antara PBS (Persatuan Bola Sepak) atau FAM (Football Association Malaysia) atau KBS (Kementerian Belia dan Sukan) siapa yang lebih besar? Persoalan inilah yang bermain-main di ruang legar fikiran saya ketika membaca mengenai harga tiket Final Piala Malaysia yang tetap akan dikekalkan oleh FAM, meskipun menerima banyak bantahan dari peminat bolasepak tanah air.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
FAM mengeluarkan harga tiket Final Piala Malaysia pada harga RM50 sekeping sekaligus mendidihkan darah peminat bolasepak tanah air. Mana tidaknya, harga asal hanya RM30 sekeping dan harganya berbeza mengikut tempat duduk terutama di Grandstand namum, berbeza pula kali ini. Semua tempat duduk berharga RM50 dan hanya RM5 dikenakan ke atas kanak-kanak. Harga tiket ini megundang bantahan ramai. Hal ini diberi perhatian oleh PBS negeri masing-masing dan Presiden PBNS (Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan) sendiri meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap harga tiket ini.
“Kita sendiri di peringkat PBNS tak setuju dengan harga tiket yang melonjak dari RM30 kepada RM50. Ramai yang meminta saya campur tangan tapi itu bukan bidang kuasa saya. Venue dan harga tiket, semua itu FAM yang tentukan. Tapi keputusan telah dibuat,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) 2010 kelmarin.
Dari sini kita sudah tahu bahawa, PBS sememangnya tiada kuasa mutlak dalam harga tiket ini namun, bukan PBS sahaja yang memberikan reaksi. KBS turut memberikan reaksi yang sama terhadap isu harga tiket ini. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, “Saya rasa terkejut serta dukacita apabila mendapat tahu FAM menaikkan harga tiket sehingga 70 peratus dan kenaikan tersebut boleh disifatkan sebagai kenaikan yang mendadak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Penyelarasan Belia dan Sukan 2011 pada Selasa lepas. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga meminta agar pihak FAM segera mengkaji semula harga tiket namun, FAM masih tetap dengan pendiriannya.

Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS)
PBS dan juga KBS telah pun memberikan reaksi yang negatif terhadap harga tiket ini namun, RM50 masih lagi kekal sebagai harga tiket. Adakah FAM lagi besar dari PBS dan KBS?? Jawapan saya adalah...PENONTON! Penonton dalam kata sebenarnya adalah pengguna dan ingatlah wahai peminat bolasepak tanah air sekalian. Jika kita memboikot akan harga tiket ini, pastinya FAM akan tertekan lalu harga tiket akan segera dikaji semula. Mengharapkan PBS dan juga KBS adalah sedikit sukar...kenapa?? Mungkin kerana Presidennya adalah Sultan Ahmad Shah kot.....

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu
Tapi yang pastinya stadium tetap akan memberikan sokongan dengan hadir ke stadium biarpun terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk datang terutamanya penyokong terengganu sendiri. Sudahlah kos perjalanan dan penginapan boleh tahan besarnya, ditambah pula dengan harga tiket yang melambung naik...pening! Saya berharap sangat agar padang yang bakal digunakan untuk Final Piala Malaysia itu dalam keadaan yang baik dan bukannya seperti ketika Selangor menerima kunjungan Terengganu dalam perlawanan separuh akhir kelmarin. Teruk!!

Piala rebutan...Piala Malaysia
Apa-apa pun jangan disalah ertikan komentar saya di atas. Adalah tanggungjawab saya sebagai penyokong bola sepak untuk menghalang penyalahgunaan semangat kesukanan yang wujud dan saya berharap agar hal ini dapat diselesaikan dengan kadar segera atau perkara ini tidak berulang kembali. Akhir kata, saya sebagai penyokong Negeri Sembilan mengucapkan selamat maju jaya kepada PBNS dan PBNT serta MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA DAN BUKANNYA POKET!!

No comments:

Post a Comment