Pages

Sunday, October 23, 2011

Laporan Penuh Perlawanan : Liverpool - Norwich

Seri...keputusan yang pahit kita telan setelah keputusan yang sama diraih pada perlawanan besar menentang Man. Utd di laman sendiri. Liverpool mendominasi pada separuh masa pertama dengan banyak membuat asakkan serta gerakkan yang baik dan akhirnya mendahului satu gol berbalas kosong hasil jaringan Bellamy pada minit akhir babak pertama perlawanan. Namun, segalanya berubah pada minit kedua. Biarpun Liverpool masih mendominasi permainan, Norwich masih mampu membuat beberapa serangan berbahaya manakala Liverpool kerap kali gagal membuat penyudah yang baik dalam setiap percubaan dan akhirnya gawang Liverpool dibolosi dengan menjadikan kedudukan seri sehingga tamat permainan. Apa yang sudah terjadi? Siapakah yang harus dipersalahkan? Gatal Tangan hari ini memberikan beberapa pandangan serta ulasan terhadap perlawanan antara Liverpool-Norwich kelmarin.

1. SILAP PILIH KESEBELASAN UTAMA??
Suarez dan Kuyt : dibahagian serangan
Bellamy, Gerrard,Adam, Downing : dibahagian tengah
Enrique, Skrtel, Carra, Johnson : dibahagian pertahanan...
Dalam pemilihan pemain ini, saya melihat adanya masalah dibahagian tengah...tiadanya pemain Defensive Midfielder yang bagus untuk membantu pertahanan terutama ketika serangan balas dari lawan. Lucas telah lama bermain dalam posisi itu dan dia semakin baik dalam "jawatannya" itu tetapi disingkirkan pada perlawanan itu dan mungkin kerana prestasinya ketika menentang Man. Utd. Adam adalah pemain tengah yang baik dan begitu juga dengan Gerrard namun, berada dalam posisi pertahanan tengah adalah sedikit sukar kerana sudah kebiasaan mereka dalam posisi menjana serangan serta menyerang. Kemasukkan Carroll adalah sudah terlambat...wujudnya Carroll melahirkan satu lagi pilihan dalam bentuk serangan dan ini terbukti setelah dia dibawa masuk namun ianya sudah terlewat kerana pada ketika itu, Norwich sudah selesa mengasak Liverpool.


2. PERTAHANAN YANG LEMAH.
Bukti tiadanya pemain Defensive Midfielder yang baik ada pada pertahanan. Apabila bahagian tengah dan hadapan sibuk dalam merancana serangan, pertahanan Liverpool mula menipis. Kelonggaran dalam bertahan dapat dilihat dalam setiap serangan dari Norwich terutama ketika serangan balas/counter attack. Pemain pertahanan Liverpool kelihatan menggelabah dan gagal dalam mengawal pemain lawan akhirnya, kegelabahan pertahanan Liverpool menghasilkan jaringan untuk Norwich. Hantaran lintang pemain Norwich cuba ditangkap/ditolak oleh Reina namun adanya Glen Johnson serta Carra ditempat yang sama bagi mendapatkan bola telah mencerahkan peluang bagi Holt untuk menanduk bola masuk dan situasi itu dilihat kurangnya komunikasi yang baik.


3. SUAREZ....TIADA NASIB ATAU GAGAL DALAM "FINISHING"??
Jika percubaan gagal menjaringkan gol masih boleh dianngap tiada nasib tetapi jika BANYAK percubaan dan masih gagal dianggap tiada nasib juga?? Pada saya Suarez gagal dalam "finishing" tetapi bukan kerana dia tidak bagus. Ini adalah kerana kebanyakkan serangan adalah melaluinya dan akhirnya membebankan Suarez. Pihak lawan tidak bodoh untuk menilai siapa yang harus dikawal dengan lebih rapi dan Norwich telah berjaya dalam mengawal "Orang Kuat" Liverpool namun apa yang dilakukan Liverpool untuk keluar dari kekangan ini??? Jawapannya Carroll namun, ianya sudah terlewat. Sekali lagi saya katakan, Carroll mampu memberi lebih pilihan serangan.


4. PERLUKAH ADAM DAN GERRARD DALAM SATU MASA?
Jawapan saya bukanlah perlu tetapi boleh. Boleh sekiranya menggunakan satu pemain serangan tetapi pada perlawanan itu, kita menggunakan dua pemain serangan dan ini memberikan kesan yang kurang baik. Liverpool memerlukan pemain Defensive Midfielder (DM) dan DM ini tiada ketika menentang Norwich. Jika tidak mahu menurunkan Lucas, saya berpendapat Spearing boleh memainkan peranan itu dengan baik. Setiap kali serangan lawan, pertahanan Liverpool mula menampakkan kegoyahan dan ini bukti nyata posisi DM perlu ada.


5. KING KENNY BUKAN LAGI KING YANG BAIK??
Kesilapan demi kesilapan dibuat oleh Kenny Dalglish setelah dia disambut seperti sebuah enjin berkuasa besar bagi membawa Liverpool ke arah kecemerlangan tetapi prestasinya semakin merosot. Sudah ramai penyokong LFC yang menyuarakan komentar negatif terhadap Dalglish hingga ada yang  bercadang untuk Benitez dibawa masuk kembali dalam pengurusan Liverpool. Antara kesilapannya adalah pada pemilihan pemain dan gagal membuat perancangan yang baik. Ketiadaan Lucas dan Carroll mula menampakkan kesan negatif...

Pada saya, masa semakin suntuk untuk Liverpool kembali ke landasan sebenar. Perancangan yang lebih baik amatlah ditagih agar kelab kesayangan kita ini berjaya mencapai misi kembali ke Liga Juara-Juara. Kembali ke Liga Juara-Juara mampu menarik lebih banyak pemain berkualiti ke kelab serta menjanjikan pulangan kewangan yang baik. Menjuarai LPI adalah sukar untuk ketika ini dan oleh kerana itulah, layak ke Liga Juara-Juara membawa erti yang besar. Akhir kata dari saya, YNWA!!

No comments:

Post a Comment