Pages

Thursday, December 22, 2011

T-Shirt Tanda Sokongan Terhadap Suarez!


You'll Never Walk Alone bukan sekadar ayat bagi Liverpool FC. Suarez yang dijatuhkan hukuman pergantungan 8 perlawanan dan denda sebanyak £40,000 atas tuduhan mengejek Evra dengan unsur perkauman disokong padu oleh ramai pihak. Ketika sesi pemanas badan di Stadium DW, kelihatan semua pemain LFC memakai t-shirt bergambar Suarez dan nombornya sebagai tanda sokongan terhadap Suarez.

Dalglish berkata, "I think the boys showed their respect and admiration for Luis with wearing the T-shirts. It is a great reflection of the man as a character, a person and a footballer that the boys have been so supportive and so have the supporters. He has earned that, has deserves it and we will always stand beside him. They will not divide the football club, no matter how hard they try."

Ramai penyokong Suarez berharap agar tindakkan yang lebih telus dapat dikeluarkan oleh FA England bagi menegakkan perkara yang benar dan bukannya dari rekod negatif silam Suarez.














Mereka yang tidak berpegang kepada YNWA ini tidak akan mengerti situasi ini. Jika ada yang menanggap ini perkara biasa, tolong beritahu saya sudah berapa kali anda melihat situasi sebegini? Seluruh pasukan berganding bahu menyokong Suarez dan begitu juga dengan kelab dan penyokong. Sedangkan Evra yang kononnya diejek dengan unsur perkauman oleh Suarez, dibiarkan berseorangan bersama hanya Ferguson disisinya....

Justice For Suarez!! You'll Never Walk Alone!!

Wednesday, December 21, 2011

Suarez Akan Tampil Membuat Rayuan

Peguam Suarez mengesahkan bahawa Suarez akan tampil untuk membuat rayuan atas hukuman yang dijatuhkan oleh FA England terhadap tuduhan perkaumannya. Menurut Alejandro Balbi(agen Suarez), Suarez tertekan dengan tuduhan dan hukuman itu namun, Suarez masih lagi tenang kerana sokongan padu dari kelab, jurulatih, rakan sepasukan dan kapten pasukan.




Sementara itu, Kenny Dalglish menyatakan bahawa Suarez tidak pernah mengecewakan LFC dan dirinya. Dalglish juga berasa tidak gembira dengan penyokong Wigan yang menjadikan Suarez sasaran untuk mereka ejek dengan ejekan boo sepanjang perlawanan ketika seri dengan Wigan tadi.




Dalglish turut menambah,"It is all very well and good telling players to control themselves. I think the FA better start controlling crowds".

Balotelli Bidas Cara FA England Jatuhkan Hukuman.

Berita mengenai hukuman yang dijatuhkan keatas Suarez oleh FA England telah menjadi topik hangat di England dan seluruh dunia. Hukuman dijatuhkan namun, sebarang bukti yang mengatakan Suarez bersalah masih lagi tidak dipertontonkan kepada orang ramai.


Balotelli berkata, "The FA are willing to ban someone based on one persons claim, with no video evidence? In that case, the whole ManU squad racially abused me. Evra's had that many racial abuse claims dismissed, I'm surprised he didn't start saying the FA were ignorning him because he was black." (melalui Twitter)


Sumber dari TwitWheel (m_ariobalotelli)
Sumber dari EA Forum

Tuesday, December 20, 2011

Peluang Keemasan dan Masa Untuk Mereka Menyinar.

Ketiadaan Suarez bakal merencatkan perjalanan LFC dalam kejohanan kali ini namun, jika dipandang dari sudut positif ada sesuatu yang baik mampu dihasilkan dan ianya adalah peluang pemain lain beraksi.

1) Craig Bellamy

Bellamy dilihat calon yang sesuai bagi menggantikan Suarez kerana kelajuan dan skillya dalam mengawal bola serta melakukan serangan.

2) Andy Carroll

Inilah masanya bagi Carroll untuk membuktikan kemampuannya. Setelah diketepikan dari kesebelasan utama, Carroll perlukan peluang beraksi bagi membuktikan peluangnya sekaligus, mendapatkan kembali kesebelasan utama.

3) Dirk Kuyt

Pemain ini mampu bermain sebagai sayap kanan, penyerang kedua dan penyerang utama. Ketiadaan Torres semasa dia cedera dahulu (ketika Torres di LFC) membuktikan Kuyt mampu menjadi penyerang yang baik.

4) Suso & Eccleston


Kedua-dua pemain ini cemerlang di pasukan 'reserve'. Kemahiran dalam menyerang membuat kedua-dua pemain ini dilihat sebagai antara harta berharga kelab.

Tanda Sokongan Terhadap Suarez!

Gatal Tangan ada mereka dua rekaan gambar yang dibuat bagi menyokong Luis Suarez setelah dikenakan tindakkan oleh FA Inggeris. Satu gambar untuk gambar profil yang menggunakan layout lama dan satu lagi bagi yang menggunakan layout timeline di fb.




Luis Suarez Didajalkan FA Inggeris!!

Adalah rutin harian saya untuk menonton ESPN News bagi mendapatkan sebarang info mengenai sukan, terutamanya bola sepak bagi menyegarkan mata yang berat dek tidur yang lena. Namun, bagaikan ditinju oleh Mike Tyson apabila mendengar berita mengenai pergantungan Suarez oleh FA Inggeris.


1) Hukuman Suarez
• Suarez digantung 8 perlawanan.
• Didenda £40,000.
• Suarez dibenarkan untuk membuat rayuan bagi meringankan hukuman.

2) Huraian Hukuman Suarez.
• Suarez menggunakan kata-kata hinaan terhadap Evra semasa perlawanan [Peraturan E3 (1)]
• Kata-kata menghina yang digunakan oleh Suarez termasuk merujuk kepada warna kulit Evra [Peraturan E3 (2)]
• Suarez perlu diberi amaran bagi mengelak kesalahan sama di masa hadapan dan digantung 8 perlawanan dan didenda £40,000.
• Suarez digantung sementara menunggu rayuan dari Suarez terhadap keputusan ini.

3) Alasan Pihak FA Inggeris
• Menemui fakta-fakta yang dibuat olehnya.
• Keputusan diambil setelah kesalahan dapat dibuktikan dan
• Sebab-sebab penalti.


Keputusan ini mengejutkan ramai pihak kerana kesalahan yang dituduh terhadap Suarez adalah tuduhan yang tidak kukuh. Beberapa perkara yang menidakkan kesalahan Suarez iaitu....
• Tiada siapa diatas padang mendengar Suarez melontarkan kata-kata hinaan terhadap Evra.
• Tiada satu pun kamera dari media yang dapat menunjukkan situasi yang jelas terhadap tuduhan berkenaan.
• Evra tidak menyuarakan hal ini di atas padang kepada pengadil perlawanan ketiku itu tetapi melakukannya ketika perlawanan sudah selesai dengan Ferguson pergi berjumpa pengadil perlawanan.
• Evra sendiri mendakwa Suarez bukanlah seorang yang bersifat perkauman.
• Datuk Suarez adalah seorang yang berkulit hitam kerana keturunan Suarez adalah keturunan campuran.

Adakah setiap point diatas adalah tidak boleh digunaka pakai? Adakah benar FA membawa erti Ferguson Army? Adakah FA England dibawah pengaruh seorang Scottish?

#You'll Never Walk ALone
#Justice For Suarez, Our Hero Number 7

Sunday, December 18, 2011

Futurama Season 1 • Episode 5 • Fear Of A Bot Planet

Laporan Penuh Perlawanan : Aston Villa VS Liverpool

2 gol hasil jaringan Bellamy dan Skrtel memastikan Liverpool mendapatkan 3 mata dari perlawanan di Villa Park. Bellamy, Skrtel, Suarez, Reina dan Downing antara yang menjadi subjek pada perlawanan semalam. Perlawanan semalam meletakkan Liverpool ditangga keenam dan berkongsi mata dengan Arsenal yang tewas kepada Manchester City.


1) Statistik Perlawanan.
Sumber dari SkySports


Skrtel menanduk masuk bola untuk jaringan kedua LFC.


2) Bellamy & Skrtel Menjaringkan Gol.
Bellamy membuka jaringan perlawanan dengan hasil dari kekecohan dihadapan gol setelah gerakkan dari Liverpool gagal dikekang dengan kemas oleh Aston Villa. Bellamy sekali lagi cemerlang selepas sepakkan sudutnya berjaya disempurnakan oleh Skrtel dengan menanduk cantik bola yang dihantar Bellamy.


Bellamy membuka jaringan perlawanan.


3) Prestasi Bellamy.
Segalanya sudah jelas, Craig Bellamy perlu bermain didalam kesebelasan utama Liverpool bagi menajamkan lagi serangan Liverpool yang dilihat semakin tumpul dalam menerjah jaring. 2 percubaan Suarez sekali lagi dinafikan oleh "besi gol" dimana palang dan tiang menjadi penghalang.


Downing kecewa dengan penyokong Aston Villa.


4) Downing Cemerlang Meskipun Diejek Penyokong Aston Villa.
Dia di"boo" oleh ramai penyokong Aston Villa ketika membantu pasukan dalam merencana gerakkan dan serangan. Downing ternyata kecewa dengan layanan yang diberikan oleh penyokong Aston Villa namun, dia tetap memberikan persembahan yang baik bagi Liverpool. Ejekkan penyokong Aston Villa hanya mampu bertahan hingga minit ke-50 dan segilintir penyokong Aston Villa sudah pun meninggalkan stadium pada minit ke-80 dengan penyokong Liverpool yang menguasai stadium sepanjang perlawanan.


Suarez sering dikecewakan oleh tiang dan palang gol.


5) Suarez Dikecewakan Dengan Palang & Tiang.... Lagi!
Apalah nasib..... Suarez bermain dengan cemerlang dan kerap kali menggugat pertahanan lawan dengan gerakkan berbahayanya. Banyak juga percubaanya yang mampu menjaringkan gol namun tiang dan palang sentiasa menjadi penghalang.


Reina tidak bolos.


6) Reina Tidak Bolos.
Meskipun kurangnya percubaan berbahaya dari Aston Villa namun, Reina yang menafikan 4 percubaan tepat Aston Villa bukanlah boleh dipandang sebelah mata. Kekentalan penjaga gawang mampu memberikan peransang terhadap mentaliti kemenangan dalam pemain lain.


Bellamy berasak bagi memenangi bola.


7) Peluang Digunakan Dengan Baik.
Ketiadaan Shay Given, Darrent Bent dan Agbonlahor dimanfaatkan sepenuhnya oleh Liverpool. Dua jaringan yang dijaringkan pada awal 15 minit perlawanan juga dimanfaatkan Liverpool setelah pertahanan Aston Villa yang dilihat bermain dengan buruk.


Adam & Shelvey turut memainkan peranan dengan baik.


8) Syabas Jonjo Shelvey.
Setelah menimba pengalaman dengan bermain di Blackpool sebagai pemain pinjaman, Shelvey menunjukkan prestasi yang baik bagi menggantikan Lucas yang cedera. Ini juga merupakan bukti bahawa Liverpool dipenuhi dengan pemain muda yang berkebolehan besar di LPI.


Selepas ini Liverpool bakal berkunjung ke DW Stadium bagi menentang Wigan. 3 mata perlawanan pastinya tidak akan dilepaskan oleh Liverpool bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga. Sekain sahaja dari Gatal Tangan dan akhir kata, YNWA!!

Monday, December 12, 2011

Futurama Season 1 • Episode 4 • Loves Labours Lost In Space

Futurama Season 1 • Episode 3 • i Roomate

Laporan Penuh Perlawanan : Liverpool 1-0 QPR

3 mata penuh berjaya diraih oleh skuad The Reds pada perlawanan menentang QPR kelmarin. Meskipun berjaya meraih kemenangan dengan 3 mata didalam tangan, beberapa perkara perlu diperbaiki skuad The Reds terutama dalam penyudah.


1) Statistik Perlawanan.
Sumber dari SkySports


2) Luis Suarez & Maxi Rodriguez Antara Yang Hampir Menggandakan Jaringan.
Suarez kerap kali melancarkan serangan terhadap gawang QPR namun, Radek Cerny berjaya menangkis serangan darinya. Hal yang sama berlaku kepada Maxi. Ketangkasan Cerny menidakkan percubaan Maxi dan paling menyakitkan apabila percubaan satu lawan satu antara Maxi dan Cerny, yang berjaya ditampan keluar oleh Cerny. Disini mula menampakkan ketidak perubahan oleh skuad Liverpool dalam melakukan penyudah. Penyerang yang bersifat penjaring perlu dimasukkan segera dalam skuad The Reds bagi membantu menambah hasil jaringan serta menidakkan slogan, " You Block Suarez, You Block Liverpool".


Maxi berjaya diatasi Cerny.


3) Charlie Adam Menguasai Kawasan Tengah.
Liverpool banyak melakukan gerakkan cantik serta beberapa serangan terhadap gawang lawan hasil dari penguasaan tengah dari pemain ini. Dia mengisi kekosongan yang ditinggalkan Gerrard dengan baik. Gandingannya dengan Gerrard adalah amat dinantikan ramai.


Suarez meraikan jaringan bersama Adam.


4) Antara Percubaan & Jaringan.
15 percubaan yang diraih Liverpool dan 8 darinya adalah percubaan tepat. Dari 8 percubaan tepat itu hanya satu jaringan yang berjaya dihasilkan dan itupun hasil dari kesilapan pertahanan QPR yang tidak mengawal Luis Suarez. Ini sedikit membuktikan ketumpulan serangan dari Liverpool dan peratusan ketumpulan serangan Liverpool mula meningkat apabila statistik menunjukkan Liverpool meraih 61.9% penguasaan padang.


Suarez menjaringakan gol tunggal perlawanan.
Setiap kali habisnya perlawanan Liverpool, ketumpulan serangan sering menjadi topik perbincangan. Mana tidaknya, pemain tengah Liverpool adalah antara pemain tengah yang mampu melancarkan gerakkan yang mampu menghasilkan jaringan namun, kekuatan penyudah penyerang Liverpool dilihat tumpul. Selain Suarez, hanya Bellamy yang merupakan penyerang yang mampu menghasilkan jaringan. Andy Carroll menunjukkan prestasi yang baik namun masih gagal dalam menghasilkan jaringan. Perpindahan Januari bakal dibuka dan pastinya ramai penyokong Liverpool mengharapkan kemasukkan pemain penyerang yang mampu menggegarkan jaring lawan setiap kali perlawanan. In King Kenny We Trust and You'll Never Walk Alone.

Thursday, December 8, 2011

Futurama Season 1 • Episode 2 • The Series Has Landed

Futurama Season 1 • Episode 1 • Space Pilot 3000

Futurama Di Gatal Tangan.

Futurama adalah animasi yang direka oleh Matt Groening yang terkenal dengan animasi The Simpsons. Sebagai salah seorang peminat animasi rekaan Matt Groening ini, Gatal Tangan akan memuat naik video-video Futurama mengikut episod. Anda bolehlah menonton di Blog Gatal Tangan.


Futurama


Fry
Leela
Bender


Jangan lepaskan peluang untuk menonton Futurama di Gatal Tangan. Animasi bergenre komedi ini pasti menghiburkan :)


Monday, December 5, 2011

KOMIK - Alex Ferguson Dan Piala FA

Cabutan bagi perlawanan Piala FA pada peringkat seterusnya telah menemukan pasukan Manchester United dengan Manchester City. Mari kita lihat, reaksi Alex Ferguson.





 * Boleh juga dilayani di facebook kami, Blog Gatal Tangan Edisi FB.

Laporan Penuh Perlawanan : Fulham 1-0 Liverpool

Ketika mata masih lagi berat dengan kepala terhangguk-hangguk, penyokong kelab Liverpool FC terus melekat di kaca televisyen untuk menonton perlawanan antara Fulham dan Liverpool. Malang buat Liverpool dimana menerima kekalahan selepas prestasi yang baik ketika menentang Chelsea dan Manchester City. Jaringan terhasil dari kesempatan yang diambil Dempsey setelah Pepe Reina gagal menangkap kemas bola melalui percubaan Murphy.


1) Statistik Perlawanan.
Sumber dari SkySports.


2) Mutu Pengadilan Yang Tidak Berkualiti.
Kevin Friend dipertanggungjawabkan untuk mengadili perlawanan ini dan ternyata dia gagal melakukannya dengan baik. Suarez sering dipersalahkan ketika dia menyerang dan penjaga garisan turut gagal memberikan keputusan yang baik. Jay Spearing diberikan terus kasd merah sekaligus, Liverpool tempang dibahagian pertahanan. Jay Spearing melakukan "clearance" dengan kakinya tepat menerjah bola dan seterusnya mengenai kaki Dembele. Ia sememangnya tindakkan yang kurang bijak dari Spearing namun, kad merah terus adalah keterlaluan. Bukan sahaja pada Liverpool, Kevin Friend turut silap membuat keputusan terhadap Fulham.


Kevin Friend kurang bagus dalam tugasannya.


3) Jay Spearing Menggantikan Lucas Dengan Baik.
Dia kerap melakukan bentesan yang baik bagi mengurangkan tekanan terhadap pertahanan Liverpool. Hantarannya untuk menjana serangan turut membantu pasukan. Dengan usianya yang muda, dia masih boleh menimba sebanyak mana pengalaman serta pengetahuan dalam posisinya dan ini mampu meraih kesan yang positif untuk memajukan dirinya.


Tindakkan kurang bijak namun, pengadil silap.


4) Dempsey,Dembele dan Hangeland.
Ketiga-tiga pemain ini gagal diatasi oleh pemain Liverpool dan mereka juga yang kerap mendatangkan masalah kepada Liverpool. Hangeland kental bertahan sekaligus memberikan kedudukan yang selesa untuk Schwazer. Dembele pula kerap melakukan gerakan serta hantaran yang baik dan gandingannya dengan Dempsey sememangnya menggugat pertahanan Liverpool. Dempsey jika dilihat kembali, kerap melakukan percubaan dari luar dan setiap percubaannya tepat ke arah gawang. Reina dipaksa bekerja keras untuk menanggani Dempsey.


Suarez kurang perlindungan dari pengadil perlawanan.


5) Tiada Nasib.
Nasib nyata kurang menyebelahi pasukan Liverpool. Andy Carroll, Jordan Henderson dan Stewart Downing antara yang kurang bernasib baik. Percubaan Andy Carroll berjaya di tepis Schwazer dan dihalang pertahanan lawan. Percubaan Jordan Henderson pula dinafikan oleh tiang dan Stewart Downing pula menemui palang.


Dempsey meraikan jaringannya.


6) Sedikit Cadangan.
• Penjaga gawang yang lebih berkualiti diperlukan. Meskipun bukan keperluan tetapi adalah tidak salah jika pencarian dimulakan sekarang. Penjaga gol yang muda dan berpotensi besar amatlah ditagih bagi menggantikan Reina satu hari nanti. Ingat, Reina kerap melakukan kesilapan meskipun melakukan yang terbaik serta berjaya menangkis serangan dari lawan dengan jaya.
• Perlunya pemain perancang yang kreatif. Manchester City mengalami perubahan yang baik setelah berjaya mendapatkan pemain [erancang yang baik seperti Silva. Dia adalah enjin yang baik bagi Manchester City dan pemain seperti ini perlu ada dalam skuad Liverpool. Adam boleh menggantikan Gerrard tetapi Adam adalah pemain yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan Alonso.
• Penyerang yang lebih tajam perlu ada dalam skuad Liverpool dan perlu dimasukkan ketika perpindahan Januari nanti. Carroll masih gagal menemui rentaknya dan Suarez ternyata perlukan sokongan yang lebih untuk menjana serangan yang baik. Ini sememangnya perlu kerana bayangkan jika Suarez dan Caroll cedera, siapa yang layak selain Kuyt?


Carroll dikekang dengan baik oleh pihak lawan.


Kekalahan dalam perlawanan ini memakukan kedudukan Liverpool di tangga ke7 Liga Perdana Inggeris dan akibatnya, Liverpool sedikit tercicir dalam perebutan di tangga ke4 & ke5. Jika Liverpool berjaya berada dalam Kedudukan ke5 atau ke4 sebelum perpindahan januari dibuka nanti maka, Liverpool mempunyai peluang yang cerah ubtuk ke Liga Juara-Juara dan disamping itu, mampu menarik pemainn yang berkualiti ke dalam skuad.


Kesilapan Reina memakan diri dan kelab.


Sekian sahaja laporan dari Gatal Tangan dan akhir kata, YNWA!!