Pages

Friday, December 2, 2011

Keadaan Kajang Selepas Banjir.

Hujan lebat sekitar jam 2.30 ptg di Kajang mengakibatkan banjir kilat melanda di pekan Kajang. Kompleks Metro, Banggunan Mara serta kedai sate berhampiran turut terlibat. Lebih menyedihkan apabila parkir lot bawah tanah di Metro Kajang ditakungi air hingga menenggelamkan kereta. Staff Metro Kajang serta prang ramai membantu mangsa-mangsa mengeluarkan kereta masing-masing dengan bantuan lori penunda. Beberapa gambar selepas kejadian, berjaya ditangkap oleh Gatal Tangan.

Lori penunda membantu mengeluarkan kereta dari lot parkir.
Staff Metro Kajang dan orang ramai membantu mangsa.
Masih digenangi air.
Surut..tetapi perlahan.
Bantu membantu...1 Malaysia.
Nak parkir kereta lagi?
Antara kereta yang dibantu ditarik keluar.
Tenggelam...paras pinggang orang dewasa.
Lagi kereta mangsa.
Lagi kereta ditarik keluar.
Suasana di dalam Metro Point Kajang.
Lecak...
Banyak barang rosak...ada sale?
JH Time bertungkus lumus membersihkan kedai.
Sampah yang dibawa arus.
Nasib baik moto tak hanyut.
Berlumpur...
Jangan main lumpur lak.
Lagi lumpur.
Tiang pun jadi mangsa.
Ketika asyik mengambil gambar di dalam Metro Kajang, saya dihalang oleh beberapa staff bertugas di Metro Kajang untuk beredar dan tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Akhirnya saya pulang terus ke rumah namun, perjalanan terhenti apabila banjir kecil, turut melanda di Semenyih. Kejadian terjadi di simpang masuk ke Taman Sunway.


Semenyih turut banjir.
Dari tiga lorong menjadi satu. Sesak!
Banjir membawa air yang tercemar. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperingati kepada anda semua agar tidak pergi makan atau minum di mana-mana premis di sekitar Metro Kajang. Bukan apa, sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik dari sudah terhantuk, baru mengadah. Sekian sahaja dari Gatal Tangam.


Tonton video Semenyih Banjir disini:
http://www.youtube.com/user/BlogGatalTangan?feature=mhee#p/a/u/1/hPXwjcLYs8M
http://www.youtube.com/user/BlogGatalTangan?feature=mhee#p/a/u/0/PK1Pf8UHXwo

No comments:

Post a Comment