Pages

Wednesday, February 8, 2012

Pekerja KFC Malaysia Pukul Pelanggan..Apa Puncanya?

Rasanya sudah ramai yang tahu mengenai video pekerja melayu KFC Malaysia memukul seorang pelanggan cina di sebuah restoran KFC. Video menunjukkan beberapa pekerja melayu KFC bertindak menyerang seorang pelanggan berbangsa cina dan memukulnya. Dalam insiden tersebut dapat dilihat pasangan pelanggan cina tersebut cuba melindunginya namun, apa cerita sebenar yang berlaku? Sebelum itu mari tonton video "aksi" tersebut.




Menurut saksi kejadian, KFC ini penuh dengan pelanggan yang sedang menunggu untuk tempahan masing-masing dan ada yang menunggu hingga satu jam dan akibat dari kurangnya kesabaran, si pelanggan cina ini memaki hamun perkerja-pekerja KFC disitu dan  beredar tetapi, kembali masuk ke dalam KFC dan sekali lagi memaki hamun perkerja KFC dan kali ini lebih melampau dengan mengeluarkan ayat "Cibai punya melayu"... Adoi! Mana orang tak benggang... Jangan gunakan perkauman...


Apa-apa pun, pekerja-pekerja KFC tersebut perlulah bersifat lebih professional. Bukannya apa, sudah menjadi silap KFC kerana gagal menyiapkan tempahan pelanggan mengikut waktu yang ditetapkan... Kesian juga pelanggan yang menunggu hingga satu jam. Gatal Tangan juga difahamkan yang pekerja KFC yang terlibat digantung dan kes masih disiasat.


Berharap sangat agar sentimen perkauman tidak disentuh dengan kasar lagi selepas ini. Kita antara negara yang maju dengan bilangan kaum yang banyak. Jangan rosakkannya.

No comments:

Post a Comment