WOW! Lebih setahun Blog Gatal Tangan tidak aktif dan jari jemari ini kembali gatal untuk berblog. Walaupun sudah lebih setahun tidak aktif, masih ramai yang menyinggah ke Blog Gatal Tangan ini dan yup, antaranya ialah kerana LIVERPOOL!! Terima kasih... terima kasih....
Apa yang aku buat sepanjang setahun lebih tidak bergatal tangan ni? Dah kawin? Dah beranak pinak? Ke sakit? Hahaha... Maap! Maap! Maap! Ekau salah jang.... Sebenarnya, aku telah berjaya memberanikan diri ini untuk keluar dari zon selesa aku untuk berubah menjadi lebih baik dan mengejar impian aku!
Ya... aku keluar dari zon selesa aku iaitu hidup makan gaji! Bekerja dengan orang... masuk kerja pagi, balik kerja petang, overtime kerja sampai malam. hujung bulan dapat gaji. Haha... selesa betol hidup waktu itu tetapi... itu dahulu kala. "Ku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang... HEI".
Kini aku adalah pemilik sebuah perniagaan reka grafik dan percetakan online, Rumah Seni Grafik. Dulu aku nak sangat menjadi salah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Aku nak buat empire aku sendiri tapi aku penakut. Aku takut hujung bulan aku takde duit! Aku takut aku lambat kawin! Aku takut perniagaan yang aku jalankan gagal! Aku takut! Aku penakut! Tapi aku nak...
Sehinggalah pada suatu ketika tu, entah macam mana... hati aku ni membuak-buak nak jadikan impian aku ini satu kenyataan. Mungkin sudah terlalu letih mengikut telunjuk bos. Aku nak jadi bos! Aku nak ada pekerja aku sendiri! Aku nak jadi kaya! Tapi... perasaan membuak-buak ini masih belum mengerakkan kaki aku untuk bergerak. Kenapa?
Aku masih lagi takut! Perasaan takut ni betul-betul dah peluk aku jadi aku membuat kajian tentang perniagaan yang aku nak buat. Cari dimana pembekal terbaik.. cari apa medium paling mudah dan sebagainya hinggalah aku menonton sebuah cerita dari Thailand bertajuk, 'The Billionare'. Sebenarnya aku pernah tengok tapi bila tertengok lagi sekali dan bercampur aduk dengan keinginan mengejar impian, aku terus membuat langkah dan langkah pertama aku adalah.... BERHENTI KERJA!!
Takkan impian tidak disulam masalah... awal perniagaan aku hanya mengaut keuntungan RM70! Kau giler!! RM70 nak buat apa? Kalu seratus ribu bleh habis satu hari, inikan pulak RM70! Nak mengalir air mata. Tetapi berkat kesabaran dan dorongan dari keluarga yang tidak pernah merungut. Kini pendapatan aku bukanlah banyak seperti bekerja dulu tapi ok la bai!
Rumah Seni Grafik masih lagi mencari tapak untuk menyebar namanya sendiri. Aku bangga dengan RM70 aku! Aku bangga aku tidak mewah seperti bekerja dahulu! Aku bangga aku kurang job! Aku bangga! Aku bangga! Kerana aku berani keluar dari zon selesa aku untuk mengubah hidup dan mengejar impian aku!
Pesanan aku, JANGAN TAKUT UNTUK MENGEJAR IMPIAN. CABARAN DAN MASALAH BUKANLAH PERKARA NEGATIF TETAPI GURU YANG PALING BERJAYA DALAM HIDUP! TAKKAN INDAH SEBUAH IMPIAN TANPA DISULAM KESUSAH PAYAHAN. BERANI! BERANI! BERANI!
p/s : Sebenarnya banyak benda yang aku korbankan untuk berada dimana aku sekarang. Aku akan share tapi bukan sekarang.
Bercucuran air mata aku membacanya
ReplyDeleteWelcome to the clubs =)
ReplyDeleteInspiring bro!
ReplyDeleteSaya salute pada Tn Zulqarnain. Saya harap saya dapat ikut jejak Tn dalam masa kurang setahun lagi, In Shaa Allah.
ReplyDelete