Pages

Friday, August 26, 2011

5 Fakta Bahawa Liverpool Mampu Mencabar Kejuaraan LPI !!

Bukannya auta tetapi fakta!! Ini adalah pesanan saya kepada mereka yang membaca post saya kali ini. Meskipun masih ada ramai yang menyangkal terutama musuh ketat LFC, Man. Utd namun setelah dikaji dan diselidik rapi, sememangnya LFC adalah percabar kejuaraan LPI kali ini.Fakta-faktanya adalah.....
Kenny Dalglish
1) Kepulangan King Kenny sebagai pengurus kelab : Kali terakhir LFC memenangi piala kejuaraan LPI adalah bersama King Kenny dan perkara itu dijangka berulang setelah semuanya kembali stabil setelah dia mengambil alih pengurusan kelab dari Roy Hodgson. Semua pemain dibawah pimpinannya bermain lebih baik dan gembira kerana cara pendekatannya dengan pemain adalah sangat baik dan pemain seperti Meireles nampak perubahan di bawah King Kenny berbanding di bawah Roy Hodgson. Pemain-pemain yang dibawa masuk oleh King Kenny juga adalah sejumlah pemain yang sanggup bermain untuk LFC dan bukan atas nama besar kelab atau wang semata-mata seperti Charlie Adam contohnya. Adam dengan jelas menyatakan hasratnya untuk membawa LFC ke arah kecemerlangan dengan sanggup tidak menjaringkan gol.
Luis Suarez
2) Luis Suarez, permata baru LFC : Suarez menjaringkan gol pertama LFCnya pada debut pertama lagi. Kemahiran tinggi serta kelincahannya dalam menggerakkan bola sememangnya disegani lawan. Mampu bermain sebagai penyerang solo mahupun 2 atau lebih penyerang. Suarez juga banyak dan mampu melorongkan bola-bola yang cantik kepada pasukan untuk menjaringkan gol dan ini menjadikannya seorang penyerang yang serba boleh makanya tiada sebab untuk mana-mana pihak lawan tidak menyeganinya. Kemahiran menggelecek Suarez semamangnya fantastik dan ianya terbukti ketika dia menggelecek pemain pertahanan Man. Utd. ketika pertemuan LFC dan Man. Utd.
John W. Henry
3) John W. Henry pemilik kelab yang terbaik : LFC bukanlah kelab sukan pertamanya yang dimilikinya. Henry sememangnya berpengalaman dalam menguruskan kelab sukan yang dalam proses pemulihan dan kehadirannya sebagai pemilik di LFC adalah sesuatu yang positif. Henry tidak berbalah dan percaya kepada King Kenny dalam urusan pembelian pemain dan ini terbukti dengan jumlah wang yang tekah dikeluarkannya sepanjang dia menjadi pemilik kelab. Meskipun berbelanja besar pada musim ini, Henry hanya menyasarkan ke Liga Juara-Juara berbanding kemenangan LPI. Penyokong LFC sememangnya senang dengan Henry.
Jordan Henderson
4) Pemain muda yang berpotensi : Tidak kiralah pemain muda dari kelab atau yang baru dibawa masuk, semuanya berpotensi sebagai pemain yang mampu menjulang LFC ke arah kecemerlangan dalam jangka masa yang panjang. Kelly, Spearing, Flanagan, Robinson, Shelvey adakah antara bintang muda yang dihasilkan oleh kelab dan Carroll, Hederson adalah bintang muda yang dibawa masuk kedalam LFC sememangnya telah diakui dan dipersetujui akan kebolehan meraka dan masing-masing cemerlang ketika bersama kelab terdahulu.
Charlie Adam

Steward Downing
5) Pemain tengah yang berpotensi besar : King Kenny pernah dikritik kerana membeli pemain tengah yang banyak Adam, Downing, Henderson sedangkan kelab mempunya pemain tengah seperti Gerrard, Kuyt, Meireles, Lucas, Aquilani, Maxi, Spearing, Shelvey dan ramai lagi. Namun setelah ramai yang menyaksikan bgaimana pemain-pemain ini beraksi ternyata tiada yang silap dengan tindakkan King Kenny. Sememangnya kita semua tahu, pemain tengah adalah pemain yang terpenting dalam menjana serangan mahupun memperkuatkan pertahanan kerana di tengahlah nadinya. Penguasaan bola lebih mudah dikawal dan ini mengurangkan risiko diserang bertubi-tubi oleh lawan.
Sekian sahaja 5 fakta yang saya dapati antara fakta yang tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak. Sekian sahaja dari Gatal Tangan dan akhir kata dari saya...YNWA!!

Thursday, August 25, 2011

Google Gravity....DOOMM!!!

Dah try Google Gravity ke blum? Pada yang dah, besh en? Dan pada yang belum, meh aku nak citer sikit. Google Gravity ni ialah efek yang dikenakan ke atas google hasil kerjasama Google dan Mr.Doob. Bila korang masuk jer Google Gravity ni, korang akan tengok segala bendalah kat Home Page Google ni akan jatuh cam kayu2 blok dalam game Angry Bird cuma tak pecah jer.

Apa yang menarik?? Bila korang masuk je halaman google melalui Google Gravity ni, sumer button, logo, dll milik google akan jatuh. Biarpun jatuh, korang still boleh wat carian. Carian ni kalu korang dah taip dan search korang akan dapati apa sahaja info yang korang carik akan bersepah jatuh cam orang buang sampah dari atas umah flat ke bawah. Dah la bersepah-sepah, korang boleh la plak serak-serakan carian korang yang bersepah tu. Siap boleh baling-baling lagi...hahaha!!

Hari ini, Gatal Tangan ada sediakan cara-cara nak layan Google Gravity dalam bentuk gambar agar mudah difahami oleh insan-insani sekalian. Selamat mencuba...

Langkah 1
Mula2 korang bukak Google tetapi hanya melaui Safari atau Google Chrome sahaja. Selain dari 2 search engine ni, tak boleh!!

Langkah 2
Taip "GOOGLE GRAVITY" pada ruangan carian dan pilih Google Gravity macam dalam gambar atas nih.

Hasil(a) Dari Langkah 2
Hasil(b) Dari Langkah 2
Nampak tak? Bersepah sudah google korang. Ni baru skit..please proceed to next step please..(cewahh....omputih dowh).

Langkah 3
Dalam langkah 3 ni korang taip ape-apepun yang korang nak carik dalam ruangan carian. Pastu tekan jer "enter".

Hasil Dari Langkah 3
Aku kalu google ni memang dah takder bende lain dah nak carik. Gambar skandal aku la yang aku taip...hahaha!! Tapi korang nengok...bersepah dah carian yang aku carik tu...hahahdoii......

Langkah 4
Langkah 4 ni mampu mengurangkan stress korang dalam menempuh kehidupan seharian korang sebagai manusia. Korang boleh pilih mana2 objek yang korang nak dan campakkan ke mana saja arah yang korang nak. Best..... Oh ye! Jangan klik ajer tapi hold klik pastu arahkanlah mana2 destinasi langgaran pilihan korang.

Selesai sudah kelas Google Gravity ni. Harap-harap korang berjayalah dalam usaha mencari Google Gravity ni.. Akhir kata dari saya YNWA!!

Wednesday, August 24, 2011

Laporan Penuh Perlawanan Exeter City - Liverpool !!

Pemandangan St. James Park sebelum perlawanan.
King Kenny dalam kemenangan ke 200 dibawah kendaliannya.
Liverpool bertandang ke St. James Park untuk perlawanan menentang Exeter City dalam saingan Carling Cup dan menyaksikan Suarez, Maxi dan Carroll menjaringkan gol kemenangan 3-1 ke atas Exeter City. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan ke 200 dimenangi Liverpool di bawah pengurusan Kenny Dalglish.
Suarez menjaringkan gol pertama perlawanan.
Babak separuh pertama menyaksikan Suarez menjaringkan gol pertama perlawanan setelah hantaran lintang Henderson gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan dan Suarez yang tidak dikawal baik menjaringkan gol pertama. Suarez bermain dengan baik. Dia menyerang dengan menggerakkan bola kehadapan dengan dibantu Henderson, Maxi dan Adam dibelakangnnya. Skrtel diberi peluang bermain kali ini dan dia nyaris menjaringkan gol pertama Liverpool setelah sepakan sudut Liverpool gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan namun, percubaannya menerjah bahagian tepi gawang lawan. Meireles dibawa keluar akibat kecederaan dan Carroll dibawa masuk menggantikannya. Saya agak terkejut kerana Carroll yang dibawa masuk dan bukan Downing kerana, posisi yang ditinggalkan Meireles dan peranan sebenar Carroll yang berbeza. Ini bermakna taktikal perlu diubah dan saya berasa adalah terlalu awal untuk menukar tektikal namun, “In King Kenny We Trust” dan menunjukkan perubahan yang positif dalam skuad selepas itu. Babak pertama berkesudahan 1-0.
Maxi menjaringkan gol kedua perlawanan.
Penjaring gol ketiga perlawanan, Carroll.
Babak separuh masa kedua menghasilkan 3 gol lagi dengan 2 gol milik Liverpool dan satu gol lagi berpihak ke Exeter. Suarez mengumpan cantik bola kepada Maxi dan dengan mudah Maxi menjaringkan gol kedua perlawanan. Suarez membawa bola kehadapan dengan baik hingga hampir semua pertahanan terarah kepadanya dan ini memberikan sedikit ruang kepada Maxi dan GOL. Akhirnya Andy Carroll menjaringkan gol pertamanya dan ketiga perlawanan. Juga diumpan cantik oleh Suarez dan meskipun Carroll berhadapan dengan pertahanan lawan ianya tidak menjejaskan serangannya dan dia melepaskan sepakan padu kea rah gol lawan menjaringkan gol pertamanya musim ini. Dengan 3 gol dihadapan Liverpool kelihatan selesa namun, pada lewat perlawanan, Skrtel melakukan kesilapan dan ianya mengundang padah apabila Exeter diberikan sepakan penalti. Nardiello mudah menjaringkan gol penalti dan mengubah kedudukan ke 3-1 tetapi ianya tidak mempengaruhi perlawanan dan akhirnya Liverpool memenangi pelawanan dan mara ke pusingan ketiga Carling Cup.
Setiap jaringan diraikan bersama.
Masih gembira meskipun gagal mendapatkan "cleansheet".
Sudah tentu saya memilih Suarez sebagai pemain terbaik perlawanan pilihan saya kali ini. Dia bukan sahaja menjana serangan tetapi dia turut menggerakkan bahagian tengah bersama-sama pemain tengah yang lain. Pemain yang saya lihat perlukan lebih peningkatan adalah Flanagan. Persembahannya adalah baik jika dibandingkan dengan usianya namun, jumlah pemian yang ada diposisinya bukanlah sesuatu yang perlu dia lepas pandang. Tahniah diucapkan kepada Carroll kerana Berjaya menjaringkan gol pertamanya musim ini dan jaringannya memastikan kemenangan selesa Liverpool di St. James Park. Akhir kata dari saya, YNWA!!

Sunday, August 21, 2011

Kasut Bola Apa Pemain LFC Pakai ??

Ada tak yang nak pi beli kasut bola rini? Kalau ader, arini korang bolehlah usha-usha kat Gatal Tangan ni sebab cerita kali adalah pasal kasut apa yang dipakai dek pemain LFC. Kebanyakkan pemain-pemain ni ditaja kasutnya dan adala sekelumit pemain LFC ni yang beli sendiri agaknya... Xpayahlah nak borak sangat kan...nah!! Amek kau...

• Steven Gerrard : Adidas Predator X : Gold, Black.

• Jamie Carragher : Adidas Predator X Custom.

• Dirk Kuyt : Adidas Predator X : Black, White, Electricity.

• Pepe Reina : Joma Total Fit : White, Black.

• Fabio Aurellio : Adidas F50 Adizero : Chameleon, White, Electricity.

• Luis Suarez : Adidas F50 Adizero : Warning, Black, White.

• Andy Carroll : Umbro Speciali : Black, White, Silver.

• Maxi Rodriguez : Adidas Predator X : White, Green, Black.

• Glen Johnson : Nike CTR360 Maestri II : Red, White, Black.

• Lucas Leiva : Nike CTR360 Maestri II : Red, White, Black.

• Raul Meireles : Tiempo Legend III : White, Volt, Black.

• Daniel Agger : Adidas F50 Adizero : White, Black.

• Sotiros Kyrgiakos : Nike Total 90 Laser III : White, Black, Silver.

• Charlie Adam : Adidas Predator XI TRX FG : Black, Red.

• Steward Downing : Adidas F50 Adizero : Black, White, Electricity.

• Jordan Henderson : Umbro Geometra : Black, White.

• Martin Kelly : Adidas F50 Adizero : Black, White, Electricity.

• Jay Spearing : Adidas Predator X : Black, White, Cyan.

• Jonjo Shelvey : Adidas Predator X : Black, White, Electricity.
Amacam? Dah ada yang berminat? Kalau dah ader boleh la pi terjah mana kedai sukan yang berdekatan anda. Sekian sahaja gari Gatal Tangan dan akhir kata...YNWA!!

Laporan Penuh Perlawanan Arsenal-Liverpool !!

Alhamdulillah…3 mata penuh yang diharapkan hadir ketika menentang Arsenal di Emirates. Gol sendiri dari Ramsey dan gol jaringan Suarez meranapkan hati pasukan bimbingan Wenger yang baru sahaja kehilangan Fabregas.
Adam cuba mengekang Arshavin.
Nasri melancarkan serangan.
 Babak pertama menyaksikan aksi yang seimbang…gerakan-gerakan dari Nasri dan Persie sesekali mencemaskan pertahanan Liverpool dan begitu juga dengan Liverpool. Banyak percubaan dilancarkan oleh kedua-dua belah pihak. Carroll sekali lagi menggalas tugas penyerang solo dan dia masih memaparkan aksi yang kurang menyerlah. Walaubagaimanapun dapat kita lihat kesungguhannya dalam setiap serangan tetapi ada sedikit kekurangannya. Jika dikaji semula kebanyakkan serangan berakhir dengan Carroll dan kebanyakkan peluang hadir dalm bentuk serangan udara. Ini memudahkan pihak lawan menjangka apa yang cuba dilakukan oleh Carroll. Usaha yang lebih diperlukan oleh Carroll untuk menjadi penyerang yang disegani lawan. Kelly saya anggap adalah calon yang sesuai untuk menggantikan Johnson dengan bertahan dan membantu serangan dengan baik. Lucas juga bermain dengan mantap. Saya yakin ramai yang berpuas hati dengan dia. Dia bukanlah seperti The Monster Mascherano tetapi setiap bentesan dan lorongannya sangat membantu pasukan. Amat berpuas hati dengan barisan tengah dan pertahanan Liverpool dan saya berpendapat, King Kenny berjaya menutup mulut ramai pengkritik dengan pembelian beramai-ramai pemain bahagian tengah untuk musim ini.
Gol pertama Liverpool hasil tekanan dari Meireles dan Suarez.
Gol kedua Liverpool disumbang Suarez hasil hantaran dari Meireles.
Babak kedua menyaksikan pemain Arsenal, dilayangkan kad merah. Dengan hanya sepuluh orang bemain, Arsenal mula kelihatan goyah. Suarez dan Meireles dibawa masuk pada pertengahan separuh masa kedua dan ternyata, kehadiran mereka berdua mendatangan sinar. Serangan dari Liverpool kelihatan lebih rancak dan bertenaga dan akhirnya, hasil gerakan  yang cantik dari Meireles dan Suarez mengelirukan pertahanan Arsenal lalu menghasilkan jaringan sendiri dari Ramsey. Kemudian gol kedua muncul juga dengan hasil dari gerakkan Meireles dan Suarez tetapi kali ini dijaringkan oleh Suarez. Di separuh masa kedua ini menampakkan perbezaan yang jelas antara Carroll dan Suarez. Serangan Carroll dilihat mengharapkan sokongan dari pemain lain. Biarpun setiap serangannya berjaya menuju ke jaring lawan namun, setiap dari seranganya itu boleh dibaca penjaga gol lawan dan kelihatan senang dipatahkan dan ini berbeza dengan Suarez. Selain mampu menggelecek lawan dengan baik Suarez juga mahir dalam menggunakan kedua belah kakinya bagi menghasilkan gerakan yang cantik dan dapat dilihat dia menggunakan sokongan dari rakan lain dengan baik.
Gooolllll!!!!
Apa-apa pun yang dapat saya simpulkan ini, saya yakin bahawa Liverpool akan berjaya. Sememangnya Liverpool adalah pencabar Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Pemain-pemain seperti Carroll, Flanagan ada lebih banyak lagi untuk ditunjukkan kepada dunia bolasepak. Pemain pilihan saya kali ini adalah Suarez, Meireles, Downing, Kelly, Adam dan akhir kata dari saya…YNWA!!

Friday, August 19, 2011

Perpindahan Percuma di Football Fantasy !!

Tengah aku sedap melayan lagu2 raya kat PC ofis aku ni, datanglah seorang manusia bergelar rakan ni menyapa.."Ko x bukak FF(football fantasy) ?"....dia tambah ag..."ada free transfer dowh"... Aku pun menerjah tetikus komputer aku dan memicitnya di ikon EPL...haha!! Ternyata kata-katanya bukan dusta...jadi, aku pun menukar pemain-pemain "khayalan" aku ni mengikut citarasa dan  duit di bank. Kenapa?! Tak percayer ?!! Nengok ni.....
Korang nengok tulisan merah kat atas tu..cayer tak??
Senari keluar dan masuk pemain aku. Kejam x ? haha~~
Ni lah pengakhirnya team aku untuk minggu ke-2 ni.
 Jadi, dengan perpindahan percuma ni aku harap korang berbelanjalah dengan baik...huahuahua~~ Akhir kata...YNWA!!

Maskot-Maskot Kelab Liga Perdana Inggeris

Setiap kelab bolasepak di liga perdana inggeris memiliki maskot mereka sendiri dan ada jugak tamak sampai 2-3 maskot dia buat tapi tak aper. Untuk pengetahuan korang, maskot bukanlah saja-saja direka untuk sesebuah kelab tau...tetapi maskot merupakan ikon atau simbolik bagi sesebuah kelab itu. Tak kurang juga ada yang menanggap bahawa nmaskot boleh boleh membawak tuah dalam sesuatu kelab tu.

Di bawah disertakan gambar dan nama bagi maskot untuk setiap kelab. Jom menjamu mata... 

Arsenal, Gunnersaurus.
Aston Villa, Hercules Lion.
Blackburn, Roar Lion.
Bolton, Lofty Lion.
Chelsea, Stamford Lion.
Everton, Chang The Elephant.
Fulham, Billy The Badger.
Liverpool, Little Liver.
Manchester City, Moonchester.
Manchester United, Fred The Red.
Newcastle, Monty Magpie.
Norwich City, The Cannaries.
QPR, Spark The Tiger.
Stoke City, Pottermus.
Sunderland, The Black Cat.
Swansea City, Cyril The Swan.
Tottenham Hotspur, Chirpy Chorkerel.
WBA, Baggie Bird.
Wigan Athletic, JJ & JJB.
Wolves, Wolfie.
Disaat penyokong sedikit keletihan, peranan maskot-maskot mula bermain. Maskot akan memeriahkan suasana, menyegarkan penyokong-penyokong walaupun terpaksa membodohkan diri mereka sendiri. Jadi, jangan dipandang enteng setiap maskot-maskot yang ada dan akhir kata..YNWA!!