Pages

Monday, August 15, 2011

Sehari Di Nasi Lemak Kopi O & Sri Pentas Bersama Team kadkahwinku.com !!

Aku melaram kat depan Sri Pentas.

Pada 14 haribulan 8 tahun 2011, aku ngan bebudak kadkahwinku.com pergi ke Sri Pentas, Shah Alam kerana dijemput untuk menceritakan bahawa pentingnya menghantar kad semasa hari raya. Tapi…bukan pasal tu yang aku nak ceritakan. Aku nak cerita kat korang yang aku jmpa ramai artis….tu jer…hahahaha!!
Pengacara Nasi Lemak Kopi O, Rafida, Fazli Zainal, Hamid Gurka, Pak Yahya, Ahmad Busu, Maya Karin, Efa Rafizah dan pelakon citer Ramadhan Terakhir, Tasha Shila. Memang dah rezeki nak jumpa diorang ni sumer dan aku teramatlah hepi haritu. Sebelum ni aku ingatkan set penyiaran tu besar tapi biler dah masuk…kecik jer. Dah la kecik, bersepah ngan wayar dan paku plak tu tapi still best!! Tem kat set ni lah aku nengok camner orang behind the scene bekerja dan kerja diorang ni bukanlah senang sebab dioranglah yang menjalankan penyiaran ni dengan baik. Kat set ni aku aku nengok sorang...sorang…artis masuk dah of course, kehadiran Maya Karin, Rafida dan Hamid Gurka yang memeriahkan lagi hati aku ni.
Gini la rupa dari belakang..kecik jer.
Setiap artis yang datang mempunyai tujuan masing-masing. Fazli Zainal nak promokan kuih raya ngan album dia. Maya Karin lak nak announce yang dia nak berehat panjang dan promokan album baru. Ahmad Busu, Hamid Gurka dan Pak Yahya lak nak menceritakan status diorang sekarang dalam usia yang semain lanjut dan menanggung sakit. Rafida lak nak menceritakan pengalaman dia mengaji Al-Quran masa kekecik dulu dan dia ada gak tunjukkan sedikit kebolehan dia mengaji Al-Quran. Pengalaman berada kat set ni memang pengalaman yang best!!
Jangan tanya mana aku...-_-!!
Selepas set dah selesai, kitorang menggorak langkah ke bahagian pejabat diorang. Perghh…bersepah dowh tapi suasana camtu bese la dalam dunia seni or kewartawanan ni. Camne sepah pun bila kita buka jer channel-channel Media Prima ni, best jugak nengoknyer…. Apa yang dapat aku nengok, memang ramai pekerja yang dok dalam ofis tu…ruang besar tapi still sempit…berapa banyak umat dalam tu ntah. Ada banyak tv leper dalam ofis ni tapi sumer channel lain-lain. Dah la channel alin-lain, channel-channel yang ader sumer tu channel-channel  luar negara…best dowh. Bukan senang nak nengok channel luar live macam kita nengok rancangan negara kita ni sendri.
" Kalau x pait...bukanlah tongkat ali namo ea..."
Selesai jer urusan seri paduka kat dalam ofis ni, kitorang mengambil langkah seribu menuju ke luar. Kali ni depan bangunan Sri Pentas untuk bergambar. Bila lepak kat depan Sri Pentas ni, terasa ketot. Mana taknyer…keliling bangunan sumer tinggi-tinggi. Pas begambar, kitorang masuk dalam Sri Pentas tapi kat area hadapan je la. Dapat la kitorang nengok konti Hot FM dan One FM, batu bersurat Perkampungan Hadhari dan suasana dalam tu la. Tengah dok merayau terjumpa Efa Rafidah ngan heroin Rmadhan Terakhir. Diorang baru je balik dari shoot Singgah Sahur dan biarpun diorang mengantuk dan belum mandi, diorang still sporting. Xder pun reject kitorang nak bergambar nan diorang.
Efa Raziah & Tasha Shila baru balik dari "Singgah Sahur".
Melaram bak power rangers di persiaran Sri Pentas.
Puas sudah mengayau, melawat dan mengeksplo Sri Pentas ni dan ini adalah pengalaman aku yang dikategorikan sebagai yang best. Pasni ni ntah dapat lagi datang..ntah idok…. Papepun trimas bebanyak kepada Media Prima dan Nasi Lemak Kopi O khususnya sebab menjemput kitorang. YNWA!!

No comments:

Post a Comment