Barisan Permulaan Skuad Liverpool |
Perlawanan yang berlansung semalam antara perlawanan persahabatan yang amat dinanti-nantikan oleh saya. Mana taknya, tak lama lagi kempen Liga Perdana Inggeris dah nak bermula dan beberapa pemain berada dalam pemerhatian saya. Pada awal laporan ini juga saya ingin berterima kasih kepada Rafa Benitez kerana hadir semalam.
Antara pemain yang ingin saya perhatikan adalah Carroll, Aquilani, Adam, Aurelio, Henderson dan juga Downing. Pemain-pemain ini adalah antara subjek utama yang bakal menggalas tugas untuk menjayakan misi kempen Liga Perdana nanti. Carrol perlu menunjukkan ketajaman dalam menyerang, Aquilani perlu meyakinkan King Kenny bahawa dia antara midfielder yang bagus, Adam perlu menunjukkan penguasaan bola dalam menerajui serangan, Aurelio perlu menunjukkan yang dia masih mampu bermain dan perlu tunjukkan yang dia adala pilihan yang baik bagi mengisi posisi bek kiri, Henderson perlu membuktikan yang dia mampu bermain dan Downing harus menunjukkan penguasaan dari bahagian sayap dan kebolehan untuk menyerang.
Carroll meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. |
Pada separuh masa pertama menunjukkan perlawanan yang seimbang. Cara Liverpool mengawal kawasan tengah berada di tahap memuaskan walaupun ada sedikit kelonggaran namun, ianya kelihatan mampu dikawal baik oleh pemain. Adam, Downing, Henderson, Aquilani dan Spearing adalah antara pemain yang bermain di bahagian tengah dan saya berpendapat persembahan yang baik ditunjukkan oleh Aquilani, Downing dan Spearing. Pada bahagian serangan Liverpool kelihatan masih lagi kurang mantop. Sekiranya berlaku masalah kecederaan ke atas pemain penyerang dan hanya mampu menurunkan Carroll, pasti ada sedikit masalah. Bukannya Carroll tidak bagus tetapi pada saya dia bukanlah pemain yang boleh bermain dengan taktikal seorang penyerang. Jika mahu menggunakan taktikal seorang penyerang, maka hantaran dan lorongan yang baik amatlah ditagih. Ini terbukti apabila jika kita “rewind” kembali perlawanan malam tadi, bahagian midfield menjana serang lebih berkesan dari bahagian serangan. Ya, sememangnya bahagian tengah adalah antara sumber serangan dalam mana-mana pasukan namun, harus kita ingat, pemain tengah perlu juga memantapkan pertahanan dan jika kurangnya sokongan baik dari serangan maka ada sedikit masalah akan timbul. Kredit bagi Kelly yang megisi posisi Glen Johnson dengan baik. Cara dia menjana serangan dan memantapkan pertahan sememangnya bukti bahawa dia adalah calon yang paling sesuai bagi bek kanan dan dia kelihatan lebih jauh baik berbanding Flanagan.
Kuyt meraikan jaringan kedua bersama rakan sepasukan. |
Babak separuh masa kedua pula mula menunjukkan sedikit kelonggaran dari bahagian tengah. Mungkin pertukaran pemain yang banyak antara puncanya namun ia tidak boleh dijadikan alasan. Maxi, Lucas, Kuyt, Cole antara pemain tengah yang dibawa masuk pada separuh masa kedua namun kelemahan dalam mengawal kawasan tengah menyebabkan kurangnya serangan dan kelonggaran dapat dilihat dari bahagian pertahanan. Peluang ini diambil sebaiknya oleh Valencia dan buktinya dapat kita lihat pada minit ke 70 dan seterusnya, nampak penguasaan dari Valencia. Gol dari separuh masa kedua pula akibat dari kekecohan dalam kotak penalty dan sekiranya Valencia dapat membendung masalah itu semalam, maka hanya 1 gol, berjaya Liverpool peroleh.
Akhir kata saya mencadang akan bahagian serangan dan pertahanan di mantapkan lagi. Mungkin beberapa perpindahan adalah antara jalan penyelesaian. Bahagian tengah pula perlu diperkemaskan lagi dan tahniah pada Aquilani, Downing, Spearing, Carra, Agger dan Reina yang mana saya lihat antara pemain yang bermain dengan baik semalam.
Terima Kasih dan ingat, YOU’LL NEVER WALK ALONE !!
*nantikan laporan bagi setiap pemain dari “Gatal Tangan”.
No comments:
Post a Comment