Bulan Januari bakal menjelang tiba dan pastinya, Liga Perdana Inggeris(LPI) akan sibuk dalam urusan jual beli pemain. Situasi ini sudah semestinya bakal ditempuhi Liverpool FC(LFC) dan beberapa pemain bola sepak telah pun dipantau dan ada antaranya sudah dibeli dan dibida. Namun, apakah pemain ini akan memberikan impak yang baik seperti Suarez atau Enrique??
Silva...cepat memberikan impak!! |
Beberapa pemain yang telah dipantau oleh Dalglis serta Comolli dan antaranya ialah.....
1) Lucas Moura (The Next Kaka's)
Berusia 19 tahun dan kini bermain untuk Sao Paulo dan dia dilihat antara prospek muda yang ingin dibawa ke LFC. Dia digelar "The Next Kaka's" kerana kebolehannya menguasai permainan dengan menghubungkan bahagian tengah dengan bahagian serangan. Dia juga turut tersenarai dalam pasukan kebangsaannya, Brazil. £20m adalah harga yang diharapkan oleh Sao Paulo ke atas pemain ini.
2) Bruno Alves
Berusia 29 tahun. Dia bagus dalam bertahan dengan mahir dalam membuat bentesan dan kebolehan udaranya. Bakatnya terserlah ketika menyertai F.C.Porto dengan memenangi 9 gelaran dan 7 darinya bermula sebagai kesebelasan utama. Tiada jumlah perpindahan yang dinyatakan namun, jumlah perpindahan dijangka dalam £20m. Bagaimanapun, perpindahan pemain ini ke LFC dijangka tidak akan terjadi meskipun LFC memerlukan pemain pertahanan yang berpengalaman.
3) Carlos Tevez
LFC dilihat terdesak dalam mempertajamkan barisan serangan dan Carlos Tevez adalah antara pemain yang dilihat berpotensi untuk dimiliki. Hal ini disambut baik oleh ramai penyokong LFC dan ada antaranya yang menggesa agar bidaan perpindahan dilakukan segera. 52 gol daripada 83 penampilan dalam Manchester City membuktikan dia adalah antara penyerang yang baik. £30m adalah nilai perpindahan yang dijangka dan sekiranya ini berlaku, Andy Carroll perlulah berusaha keras dalam mempertahan kedudukannya.
4) Luuk de Jong
Berusia 21 tahun dan kini bermain untuk FC Twente sebagai penyerang. Bagaimanapun, pemain ini turut berada dalam permerhatian pengurus Newcastle, Alan Pardew. Jumlah perpindahan masih belum dipastikan.
5) Cristian Chivu
Pemain pertahanan dari Inter Milan ini juga dikait rapat dengan LFC namun, LFC menerima persaingan hebat dengan Manchester City yang dikatakan turut berminat bagi mendapatkan pemain ini. LFC ingin menambahkan lagi pemain pertahanan yang berpengalaman serta mampu bermain dengan baik bagi memperkuatkan pertahanan. Kini berusia 31 tahun.
6) Tom Huddlestone
Pemain berusia 24 tahun ini bermain untuk Tottenham Hotspurs. Dia dilihat pilihan ketiga di belakang Luca Modric, Sandro dan Scott Parker. Walaubagaimanapun, kecederaanya telah sedikit membimbangkan ramai kelab yang berminat dan dia dijangka pulih pada Disember ini.
7) Paco Alcacer
Penyerang Valencia berusia 19 tahun ini adalah antara prospek yang ingin dimiliki oleh LFC dan juga Arsenal. Sebanyak £17.5m dana yang perlu diperuntukkan bagi mendapatkan pemain ini dengan kontrak 5 tahun.
8) Fabricio Coloccini
Kapten Newcastle ini juga dilihat sebagai pemain yang mampu memperkuatkan pertahanan LFC. Dia yang kini berusia 29 tahun pernah dijangka berpindah ke Valencia dengan nilai perpindahan sebanyak £5m dan jika LFC mampu menarik Coloccini ke LFC, nilai perpindahan sebanyak £15m dijangka nilai yang baik berikutan peningkatan permainannya.
Jika dilihat dari prestasi dan kelab masing-masing..saya menjangkakan Coloccini dan Tevez tidak akan mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dalam suasana LFC kerana masing-masing bermain dalam LPI. Sekian sahaja dari Gatal Tangan dan akhir kata...YNWA!!
No comments:
Post a Comment