Pages

Monday, November 28, 2011

Laporan Penuh Perlawanan : Liverpool 1-1 Man. City

Liverpool menerima kunjungan dari pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City di Anfield. Keputusan berakhir dengan keputusan seri dimana, kedua-dua kelab menjaringkan 1 gol. Jaringan perlawanan dijaringkan oleh Kompany dan Lescott (gol sendiri).

1) Statistik Perlawanan.
Sumber dari SkySports.com
Kompany membuka jaringan perlawanan.
2) Persembahan Lucas, Agger dan Skrtel.
Lucas bermain dengan baik dan dia ialah pemain terbaik Liverpool dan perlawanan dalam perlawanan kelmarin. Lucas menggerakkan bola dengan baik serta bertahan dengan mantap dan Lucas juga kerap kali mengurangkan tekanan hasil serangan dari Man. City. Daniel Agger mempunyai sedikit masalah komunikasi ketika diatas padang bersama Lucas namun, selain dari masalah komunkasi itu dia kuat bertahan. Martin Skrtel juga antara pertahanan yang semakin bermain dengan baik dan kali ini, dia mengawal gerakan Kun Aguero dengan baik.

 

Kompany merikan jaringannya.
3) Pepe Reina Berani.
Seperti yang sedia maklum, dia adalah antara penjaga gawang yang berani ketika menjaga gawangnya. Dua kali dia menerjah keluar ke arah Kun Aguero untuk menghalang ancaman dari Man. City. Bagaimanapun, tindakkannya itu hampir memakan dirinya apabila dia berhadapan satu lawan satu dengan Kun Aguero selepas pemain Argentina itu menerima lorongan cantik dari Toure pada minit ke 52.


Sepakkan deras Adam menghasilkan jaringan.
5) Bangkit Dari Tidur.
Liverpool kelihatan kurang menyerlah dengan Manchester City mendominasi perlawanan dan kerap melakukan serangan. Kompany menjaringkan gol perbukaan perlawanan dengan tandukkan hasil dari sepakan penjuru. Meskipun Liverpool berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil dari kesilapan Lescott, Manchester City tetap mendominasi separuh masa kedua dan pada seoaruh masa kedua, Liverpool bangkit dengan banyak melakukan gerakkan yang menyerang namun, sekali lagi penyudah menjadi penghalang. Samada Liverpool tumpul dalam penyudah atau Joe Hart terlalu hebat untuk ditembusi.


Balotelli dikeluarkan pengadil perlawanan.
6) Pengadil Perlawanan Kurang Bagus.
Bukan sahaja gagal dalam melindungi Suarez namun, pengadil perlawanan, Martin Atkinson gagal memberikan keputusan yang baik dengan menghantar keluar Mario Balotelli dengan layangan kad kuning kedua.


Prestasi cemerlangnya membantu mempertahankan kedudukan seri.
Liverpool perlu mengekalkan momentum prestasi tanpa kalah atau Liverpool bakal ketinggalan dalam perebutan tempat ketiga dan keempat. Pemain Liverpool pula perlu menajamkan lagi penyudah mereka atau mereka akan kerap kali gagal menjaringkan gol meskipun, mempunyai gerakan-gerakan yang baik. Sekian sahaja dari Gatal Tangan dan akhir kata...YNWA!!

No comments:

Post a Comment