Pages

Wednesday, January 4, 2012

Padah Kuat Sangat Gelakkan Orang Lain...

Sebagai seorang penyokong Liverpool FC, kekalahan kepada Manchester City kelmarin sememangnya luka yang dalam namun, itulah LIGA... takkan menang semua perlawanan, takkan seri setiap pertemuan dan takkan kalah setiap pertembungan. Tetapi bukanlah kekalahan kepada Manchester City yang nak saya jadikan topik tapi adalah kekalahan Manchester United kepada Newcastle!!


Kenapa? X percayer?


Meskipun kegembiraan saya tidak digambarkan dalam bentuk fizikal tapi, dalam hati tuhan saja yang tahu. Mana taknya, ketika LFC tewas kelmarin, teruk dibahan dek penyokong The Red Devil. Saya tahu dan sedar yang mereka mengharapkan LFC untuk menang atau sekurang-kurangya seri ketika perlawanan menentang Manchester City kelmarin tapi apakan daya. (diorang harapkan LFC mng sbb tau diorang xbleh makan Man. City...keh3!!)


Sedeyh ke ?? xpayah nak sedey nyer pon....


Lebih gembira bila pelbagai komen dan reaksi oleh penyokong Man. Utd. di laman sosial, Facebook. Disini ada beberapa komen dari mereka yang boleh dikatakan kelakar yang diambil di http://www.facebook.com/mymanutd?ref=ts.