Pages

Friday, November 25, 2011

Kepulauan Solomon Dan Sumpahannya.


Pastinya ada diantara kamu semua pernah mendengar mengenai sumpahan orang Kepulauan Solomon ini bukan? Ya!! Sumpah seranah mereka terhadap pokok. Bagi mereka yang belum mengetahui hal ini, anda patut rasa bertuah kerana Gatal Tangan mempunyai ceritanya.


1) Sedikit Info
Kepulauan Solomon terletak di Negara Melanesia yang terletak di timur Papua New Guinea dan ianya terdiri dari 990 buah pulau dengan keluasan tanah sebesar 28,400 km persegi. Ibu negeri bagi Melanesia adalah Honiara. Ianya dikatakan telah didiamin sejak 30,00 tahun dahulu dan menjadi negeri di bawak United Kingdom. Perang Dunia Ke-2 berlaku disini dan negera ini mula ditadbir sendiri oleh mereka pada 1976 dan kemerdekaan pada 2 tahun kemudian. Negara ini masih lagi menjadi anggota Kerajaan Komanwel.


2) Budaya
Adat-adat mereka di Kepulauan Solomon ini dikatakan datang dari turun temurun yang diturunkan oleh nenek moyang mereka dan kononnya, nenek moyang merekalah yang membentuk budaya itu. Radio merupakan media penting mereka kerana bahasa yang berlainan serta kadar buta huruf yang tinggi.


3) Sumpahan
Bercucuk tanam adalah antara cara mereka untuk mendapat bekalan makanan tetapi tahukah anda, sebarang senjata atau peralatan menebang tidak digunakan oleh mereka untuk menebang pokok bagi membina batas tanaman? Ya!! Ini benar-benar berlaku, mereka tidak menggunakan sebarang peralatan atau senjata tetapi mereka menggunakan sumpah seranah!! Caranya mudah, mereka akan mengelilingi pokok berkenaan dan mereka akan menyupah seranak poko itu selama seminggu dan akhirnya, pokok itu mati! Kebenaran disebalik cerita ini masih tidak saya ketahui tetapi ramai pakar yang telah mengambil tindakan untuk mengkaji perkara ini dan percayalah, ramai antara mereka memperakui perkara ini. Dengan hanya mengelilingi dan menyumpah seranah pokok berkenaan, pokok itu akan mati. Setelah pokok itu mati, baharulah mereka menggunakan tapak itu untuk bercucuk tanam.


4) Pengajaran
Ingat, setiap perkataan yang keluar dalam kata-kata adalah doa. Dan doa pula adalah permintaan jadi, sebab itulah kata-kata yang baik perlu senantiasa keluar dari mulut mahupun hatiImam Ali Radhiallhu’anhu berkata:”Hati yang jahat terletak pada mulutnya, dan mulut yang baik, terletak pada hatinya”.

Sekian sahaja dari Gatal tanagn dan berharap agar pembaca semua mendapat info serta pengajaran yang berguna....YNWA!!

No comments:

Post a Comment