Pages

Wednesday, November 16, 2011

Suarez Berdepan Dengan 6 Pergantungan Perlawanan.


Evra telah menuduh Suarez melontarkan kata-kata perkauman ke atasnya ketika perlawanan antara Liverpool FC dengan Manchester United. Jika disabit bersalah, Suarez bakal digantung enam perlawanan dan ini sememangnya menganggu rentak LFC. Bagaimanapun, Luis Suarez lantang menyatakan yang dia tidak menggunakan kata-kata yang berbentuk perkauman terhadap Evra.


Apa perkataan itu? Negro? Nigra? Nigrita? Apa pun perkataan yang disebut, Evra mendakwa bahawa Suarez telah menyebutnya sebanyak sepuluh kali. Dia dengan lantang mengatakannya dan di salah sebuah stesen penyiaran di Perancis dia menyatakannya dengan cuba mendakwa ianya terdapat di dalam video. Adakah anda semua masih ingat? atau... Tahukah anda...bahawa ini bukan kali pertama Evra mendakwa dirinya diancam "Buli Perkauman". Bekas pemain LFC, Steve Finnan dan staff Chelsea, Sem Bethell pernah dikatakan bersifat perkauman dan untuk pengetahuan anda semua. Evra tewas gagal dalam kedua-dua kes tersebut.


Pada Mac, 2006, Evra mendakwa bahawa Steve Finnan melakukan "Buli Perkauman" terhadapnya dan dalam bulan Mac 2006 jugalah, siasatan dijalankan oleh polis. Bagaimanapun, di dalam bulan Mac 2006 jugalah, pihak polis mendakwa bahawa pertuduhan itu adalah tidak berasas!


Pada April, 2008 pula, Evra menuduh Sam Bethell menggunakan kata-kata bersifat perkauman ke atasnya. Pada waktu itu, Manchester United tewas kepada Chelsea dengan 2-1. Dalam kes ini, Evra disokong kuat oleh penipu besar, Mike Phelan. Evra dan Mike Phelan mengatakan bahawa Sam Bethell berkata "Evra Was A Fucking Immigrant". Pada hari tersebut juga, kelihatan jelas bahawa Evra menjelirkan lidahnya kepada Sam Bethell. Kesemua pertuduhan yang dilontarkan Evra dan Mile Phelan ke atas Sem Bethell dinafikan sekeras-kerasnya oleh Chelsea. Chelsea mendakwa, mereka menjadi dijadikan sasaran penipuan palsu dan berniat jahat. Akhirnya, segala tuduhan perkauman yang dikenakan ke atas Sam Bethell digugurkan dan Evra dijatuhi hukuman sebanyak 4 perlawanan dan didenda £15,000.


Dan kini, pada Oktober 2011. Evra sekali lagi terlibat dalam tuduhan perkauman. Kali ini, Evra menuduh Suarez menggunakan kata-kata berunsur perkauman keatasnya. Pertuduhan bermula apabila Ferguson berjumpa dengan pengadil perlawanan, Andre Marriner dengan mengatakan Evra "dibuli" oleh Suarez. Di salah sebuah syarikat penyiaran di Perancis, dia mengatakan " Terdapat banyak kamera ketika perlawanan dan anda boleh melihat bahawa Suarez mengatakan perkataan itu sekurang-kurangnya sepuluh kali".


Apa yang mencurigakan adalah, tiada satu pun kamera SKY SPORTS menyaksikan bahawa Suarez menyebut perkataan itu sebanyak sepuluh kali. Suarez ternyata kecewa dengan tuduhan yang diterimanya dan dia menyatakan bahawa dia sentiasa menghormati orang lain dan setiap orang adalah sama. Semasa siasatan dijalankan, LFC mengatakan bahawa Suarez tidak bersalah dan LFC akan sentiasa dibelakang Suarez. Ramai pihak curiga dengan tuduhan Evra. Jika benar Suarez mengatakannya, mengapa dia tidak bertindak segera dengan melaporkan hal itu terhadap pengadil perlawanan, Andre Marriner.


FA mengenakan hukuman pergantungan 6 perlawanan sekiranya Suarez didapati bersalah. Kes akan disambung apabila kembalinya Suarez di London selepas tugasan antarabangsanya selesai. Sekian sahaja dari Gatal Tangan dan akhir kata...YNWA!!

No comments:

Post a Comment