Pages

Sunday, November 20, 2011

Laporan Penuh Perlawanan : Chelsea 1-2 Liverpool

We left them feeling blue....again!! Tahniah kepada Liverpool FC(LFC) kerana berjaya mendapatkan 3 mata penuh ke atas Chelsea semalam. Chelsea kecundangan di laman sendiri dengan hasil dari jaringan Maxi Rodriguez pada minit ke33 dan Glen Johnson pada minit ke87. Kemenangan ini bukan sahaja mendapatkan 3 mata penuh tetapi memastikan LFC berada dalam kelompok "persaingan tempat ketiga dan keempat" sebelum tibanya bulan Januari nanti.

1) Statistik Perlawanan.
Segala info didapati di skysports.com

Maxi meraikan jaringan bersama Lucas.
2) Maxi Rodriguez & Glen Johnson.
Maxi dan Johnson merupakan wira LFC semalam dengan masing-masing menjaringkan 1 gol bagi memastikan LFC berjaya meraih 3 mata di Chelsea. Maxi menjaringkan gol pembukaan perlawanan hasil dari gerakan 2-2 Suarez dengan Bellamy. Kesilapan Mikel dalam mengawal bola hasil hantaran Cech kepadanya mengudah padah apabila Adam dengan jayanya merampas bola dari Mikel dan meloloskan bola kepada Suarez dan dengan gerakan 2-2 antara Suarez dan Bellamy, memberikan Maxi peluang menjaringkan gol. Namun pada separuh masa kedua, Sturridge yang dibawa masuk menggantikan Mikel berjaya menjaringkan gol penyamaan. Begitu pun, mujur adanya Johnson yang menjaringkan gol kemengangan LFC dengan hasil gerakkan cantik Johnson ke dalam kotak penalti.

Drogba diasak oleh Agger & Lucas.
3) Separuh Masa Pertama Yang Baik.
Liverpool dilihat sedikit mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama dengan gerakkan yang laju dalam merencana serangan dan berjaya menghasilkan beberapa gerakkan yang mampu menghasilkan jaringan.

Reina gagal menafikan percubaan Sturridge.
4) Terima Kasih Pepe Reina!
Reina menunjukkan aksi cemerlang dengan berjaya menidakkan beberapa percubaan berbahaya dari Chelsea. Aksi tangkasnya dalam menyelamatkan gawang dari dibolosi menjadi moral yang baik bagi pemain yang lain untuk beraksi lebih baik.

Steven Gerrard....our hero number 8!
5) LFC Bermain Baik Tanpa Steven Gerrard.
Gerrard merupakan pemain yang berpengaruh dalam LFC. Kehadirannya dalam perlawanan sering menjadi batu loncatan kepada pemain-pemain yang lain untuk bermain kebih baik. Setiap percubaan dan hantaran dari Gerrard banyak menghasilkan perkara yang positif dan dahulu, ketiadaannya mampu merencatkan pasukan tetapi, sekarang situasinya telah jauh berbeza. Barisan pemain yang sedia ada mampu menghasilkan sesuatu yang nyata menutupi setiap kecacatan pasukan dan ini merupakan satu lagi perubahan yang baik di bawaj Kenny Dalglish.

Drogba melepasi Lucas dan Adam.
6) Pemain "Emas" Merencatkan Chelsea.
Kebanyakkan pemain dari Chelsea merupakan pemain yang semakin dimamah usia. Meskipun mereka mampu bermain dengan rentak laju dalam permainan, faktor usia ini dilihat sering menjadi penghalang antaranya melibatkan fokus. Fokus mudah hilang akibat dari usia yang semakin membesar dan akhirnya mendatangkan masalah. Prestasi mereka menentang pasukan "besar" dalam Liga Perdana Inggeris menjadi contoh. Mereka dilihat mudah dipatahkan dan sering hilang fokus.

Sturridge menari selepas menjaringkan gol penyamaan.
7) Manchester City dan Piala FA...Chelsea.
Kemenangan ini sedikit sebanyak membantu moral pemain dalam meneruskan rentak kecemerlangan ini. Mana tidaknya, selepas ini merupakan perlawanan menentang pasukan yang tidak pernah kalah, Manchester City dan selepas itu, LFC bakal menentang Chelsea lagi dalam perlawanan Piala FA.

Tahniah sekali lagi buat LFC. Dalglish berjaya menidakkan semua ramalan perlawanan yang dibuat oleh ramai pakar-pakar bola sepak di England yang majoriti mengatakan Chelsea bakal memenangi perlawanan. Sekian sahaja dari Gatal Tangan dan akhir kata....YNWA!!

No comments:

Post a Comment