Pages

Sunday, September 21, 2014

Top 5 Syarikat Komik Di Dunia

Komik adalah salah satu media hiburan berbentuk lukisan bercerita dan majoritinya adalah bukan kisah sebenar dan melibatkan watak-watak adiwira. Komik memberi pengaruh besar kepada dunia remaja dan kanak-kanak. Watak-watak seperti Ironman, Spiderman, Superman, Batman dan macam-macam lagi menjadi idola kepada golongan remaja dan kanak-kanak ini.

Hari ini Gatal Tangan ingin berkongsi dengan anda, 5 syarikat komik yang TOP di dunia.

5. IDW Publishing.


IDW Publishing adalah syarikat yang menggerakkan semula komik-komik yang pernah popular suatu ketika dahulu seperti Transformer, Star Trek dan juga siri-siri G.I. Joe dan Terminator. Dan produk HIT mereka sudah pastinya 30 Days of Night yang mana produk ini berjaya menempatkan mereka ke senarai 5 terbaik syarikat komik.

4. Image Comics.


Image Comics memulakan perniagaan dengan menemui beberapa pelukis komik yang berkemahiran yang mahukan kerja-kerja mereka dinilai dengan lebih baik. Mereka meraih kejayaan yang cepat dengan produk seperti Spawn dan Witchblade.

3. Dark Horse Comics.





Dark Horse Comics adalah antara nama pengeluar komik yang kurang dikenali tetapi merupakan yang ketiga dalam senarai 5 syarikat komik yang TOP. Kenapa? Ini adalah kerana produk mereka. Syarikat ini adalah pemegang lesen untuk komik Star Wars, Aliens, Predators dan sebagainya. Produk keluaran mereka seperti Hell Boy, Sin City, The Goon dan sebagainya turut menjadi antara komik terbaik mereka.

2. DC Comics.




Siapa tak kenal dengan syarikat ini? Memang tak boleh blah kalau tak kenal. DC Comics antara pesaing ketat Marvel Comics yang juga dalam senarai 'THE BIG TWO' bersama Marvel Comics. Komik seperti Superman, Batman, Wonder Women antara watak terbaik mereka. Keluaran komik novel seperti The Dark Knight Returns, Watchmen dan lebih lagi turut menjadi produk hangat.

1. Marvel Comics.




Jeng.. Jeng.. Jeng...! Marvel Comics adalah syarikat komik yang No.1 di antara 5 syarikat komik yang TOP di dunia. Ini memang tidak boleh disangkal lagi apabila watak-watak dan cerita komik milik syarikat ini sentiasa menjadi buah mulut dan kegemaran ramai. Turut juga terlibat dalam dunia perfileman dan produk Marvel Comics sememangnya memenuhi ruangan filem yang melibatkan syarikat komik dan adiwira. Antaranya adalah seperti Ironman, Spiderman, The X-Men, Hulk, Thor, Captain America dan banyak lagi.

Sememangnya Amerika Syarikat mendominasi dunia komik tetapi kita harus ingat, majotirit komik tidak berlandaskan logik akal dan realiti. Ini adalah biasa bagi negera seperti Amerika. Tidak seperti negara yang mengamal sistem beraja seperti United Kingdom. Mereka terkenal dengan cerita-cerita bermoral melibatkan raja dan rakyat. Seperti di Malaysia juga, kita dibesarkan dengan cerita klasik dan lagenda seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Puteri Gunung Ledang, Badang dan sebagainya.