Pages

Tuesday, February 28, 2012

Kad Kahwin Ala2 Boarding Pass !

Minggu lepas telah dipertontonkan kepada anda semua, rekaan kad kahwin ala2 passport terbaru rekaan saya dan hari ini, saya tontonkan kepada anda semua kad ala2 boarding pass plak. Kad ini ditempah oleh pelanggan yang sama untuk kad kahwin ala2 passport jadi xder r peta yang ditunjukkan tapi tidak mustahil untuk meletakkan peta sekinya ada yang berminat.

Cukuplah berborak...nah amek!!



 *kad kahwin ala2 passport, http://gatal-tangan.blogspot.com/2012/02/kad-kahwin-ala2-pasport-2nd-version.html

Wednesday, February 22, 2012

Kad Kahwin Ala2 Pasport 2nd Version Sudah Siap!!

Bulan lepas ada sepasang insan datang ke galeri kadkahwinku.com untuk menempah kad kahwin mereka. Mereka berhajat untuk membuat kad kahwin ala2 pasport dan boarding pass. Sebelum ini dah pernah buat kad kahwin ala2 pasport tapi sumpah aku cakap..kurang puas hati dek kerana masa yang short dan customer perlukan kad tu dengan cepat. Jadi peluang kedua hadir dari pasangan ini dan tibalah masa untuk kembali menajamkan rekaan sebelumnya. Setelah dalam 3 minggu memerah idea dan melakukan proses "tukangan" akhirnya kedua-dua kad berkenaan siap dan dah disahkan pun dek pelanggan. Sekarang tengah tunggu proses cetakan berjalan.

Camni la rupa bentuk kad kahwin ala2 pasport versi kedua ni...





 Pada yang bertanya camne rekaan kad boarding pass tu nanti awok postkan...awok nak bagi kome layan dulu kad yang ni...haha!! Andai kata anda mempunyai cadangan untuk memantopkan lagi boleh la komen di ruang yang disediakan... Terima Kasih!!

Tuesday, February 21, 2012

Lukisan 3D Jalanan Yang Mengagumkan!!

Lukisan 3D jalanan ini biasa dilihat di beberapa lokasi di Eropah dan kebiasaannya ia menggunakan pastel atau kapur ke atas permukaan lantai. Sememangnya kreatif!! Jom layan beberapa hasil seni lukisan 3D jalan ini.















 

Thursday, February 9, 2012

Suarez Is Back • FB Cover Free Gift :)

Hari ini Gatal Tangan dengan murah hatinya nak bagi kengkorang yang menyokong Liverpool Football Club satu facebook cover...tapi xder la cantik mana...




Boleh juga didapati di http://www.facebook.com/BlogGatalTangan.

Wednesday, February 8, 2012

Kejutan Bola Sepak!!

Sejak semalam, 2 berita yang mengejutkan dan menarik dicipta oleh dunia sukan bolasepak. Apa kejutan dan menariknya?


1. Fabio Capello Letak Jawatan Sebagai Pengurus Skuad Kebangsaan England.
Fabio Capello letak jawatan.
Harry Redknapp calon yang paling digemari.
Pengurus berbangsa Itali yang berusia 65 tahun ini meletak jawatan sebagai pengurus England ketika dia berbincang dengan The FA mengenai jawatan kapten John Terry. Capello yang berjaya membawa England sebagai pendahulu kumpulan untuk kelayakan Euro dikatakan bersikap professional ketika perbincangan dilakukan. The FA menerima perletakkan jawatan tersebut dan Capello berhenti sebagai pengurus england dengan serta merta. Harry Redknapp adalah antara pengganti yang disebut-sebut sesuai untuk menggantikan Capello dan nama seperti Guus Hiddink, Martin O'Neil dan Alan Pardew juga turut disebut-sebut.


2. Gabriel Batistuta Bantu Jurulatih Johor?
Bakal bantu Johor FA.
Bekas pemain kebangsaan Argentina ini dikhabarkan akan menjadi pembantu jurulatih pasukan Johor setelah Tunku Ismail berkata dalam twitternya yang Batistuta akan membantu Fandi Ahmad dalam pemilihan pemain import untuk dibawa masuk ke Johor FA.

Koleksi Gambar Kelakar.





















Bila Gambar Diambil Dalam Perspektif Yang Kreatif.