Pages

Wednesday, November 30, 2011

Kejutan LPI Di Penghujung Bulan November.

Liga Perdana Inggeris terkenal dengan corak permainan lajunya, lambakkan pemain bintang dan kekuasaan mereka dalam urusan jual beli pemain. Penghujung November 2011 ini juga turut tidak melepaskan peluang untuk membuat beberapa kejutan yang besar.

Gary Speed...jasanya dalam bola sepak dikenang.
1) Gary Speed Mati Bunuh Diri?
Gary Speed merupakan seorang pemain bola sepak yang berstatus "living legend". Pernah bermain untuk Leeds United, Everton, Newcastle United, Bolton Wanderers dan Sheffield United. Dia yang berusia 42 tahun ditemui mati tergantung di dalam garaj di banglo miliknya. Dia meninggalkan seorang balu, Louise Speed 40, dan 2 orang lagi anaknya, Tommy Speed dan Eddie Speed. Kematiannya diratapi ramai peminat bola sepak terutama di Wales dan Newcastle United. Punca kematiannya yang sebenar masih disiasat dan cara kematiannya ini mengundang seribu satu persoalan dan membingungkan kerana dia tidak didapati menghadapi sebarang tekanan.

Steve Bruce hilang jawatannya.
2) Steve Bruce Dipecat!
Steve Bruce dipecat berikutan pretasi hambar Sunderland di bawah pengurusannya. Bukan sahaja kehilangan khidmat Darrent Bent dan Asamoah Gyan (dipinjam) yang menjadi masalahnya malah, Sunderland hanya mampu memenangi 2 perlawanan dari 13 perlawanan yang dihadapi Sunderland. Eric Black memangku tugas sebagai pengurus dan disamping itu, nama-nama seperti Martin O’Neill, Rafa Benitez, Mark Hughes dan Bob Bradley disebut sebagai calon utama menggantikan Steve Bruce.

Adakah AVB akan ditunjukkan jalan keluar?
3) Andre Villa Boas Tertekan.
AVB sememangnya berada di dalam tekanan setelah prestasi terumbang-ambing Chelsea. 2 kali tewas di tangan Liverpool menyaksikan Chelsea "jatuh tangga" dalam kedudukan LPI dan tersingkir dari Carling Cup. Prestasi mereka di Liga Juara-Juara juga turut mengalami nasib yang serupa. Kini, mereka pula mungkin akan kehilangan Didier Drogba setelah pemain itu menolak kontrak baru setelah ditawarkan kepada Drogba baru-baru ini.


Manchester United dimalukan.
4) Manchester United Tewas Kepada Crystal Palace.
Crystal Palace mengikuti jejak langkah Manchester City, Liverpool dan Cardiff untuk mara ke pusingan seterusnya dalam kempem Carling Cup. Crystal Palace membuka jaringan pertama dengan jaringan hasil dari Ambrose pada minit ke65 dan kemudian Macheda menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke68. Perlawanan berterusan sehingga ke waktu tambahan dan malang menimpa Manchester United apabila Murray menjadi wira Crystal Palace setelah berjaya menanduk masuk bola ke gawang Manchester United. Akhir keputusan Manchester United 1-2 Crystal Palace.

No comments:

Post a Comment