Pages

Tuesday, November 29, 2011

27 November 2011 Aku Pergi Genting Highlands!

Ini bukanlah pertama kali aku jejakkan kaki di Genting tapi ini adalah pertama kali menjejakkan kaki di Genting bersama kawan-kawan sekampung aku. Riuhnya kitorang dari mula berkumpul sampailah waktu balik.

Sesak! Ramai yang beratur di Balai Pelepasan Skyway untuk ke puncak Genting.
Bermula di Hentian Kajang Jalan Reko untuk menaiki bas tapi, sebelum tu ada yang berpusing nak cari parkir untuk motor. Maklumlah, masing-masing motor mahal, takut hilang...hehe!! Dah jumpa parkir ada yang nak beli top-up dan ada yang nak pergi keluarkan duit untuk belanja tetapi, sedar tak sedar, sorang lagi kawan cicir kat belakang. Kene pergi jemput...keh3!!

Dalam kesesakan di Balai Pelepasan Skyway, budak ni jadi penghibur. Pandai main mata.
Semua beratur nak masuk dalam bas. Masing-masing dah ada tiket siap dengan nombor tempat duduk tapi masih tertanya-tanya mana tempat duduk masing-masing. Bukan tak tahu baca atau buta huruf tapi sebab tak biasa naik bas bernombor. Bila dah dapat tempat duduk, masing-masing mula la mengeluarkan bahan layanan masing-masing. Handphone, MP3, keropok, gula-gula dan buku menjadi bahan. Bila dah hampir sampai ke puncak tanah tinggi, masing-masing menggerakkan kepala ke kiri...ke kanan... sebab nak usha pemandangan di keliling....pun riuh! Macam bas tu kitorang yang punya tapi takpe sebab kalau bukan kitorang yang bising, orang tua cina pulak yang ambil kesempatan untuk buat bising...bincang nak main Jackpot atau Porker kot....

Hilang penat dan rimas berdiri dek badut ni.
Sampai saja di Hentian Bus Genting, kitorang menuju ke Balai Pelepas Skyway. Dalam perjalanan menuju ke Skyway singgah kejap di gerai serbaneka untuk menghilangkan dahaga dan semestinya, ada yang terbuntang mata melihatkan harga yang berganda naiknya. Tapi tekak yang kering perlu dibasahkan, maka keringlah sikit dompet…hehehe! Masing-masing masuk dalam lift untuk ke Skyway dan dalam perjalanan, kepala masing-masing sekali lagi bergerak ke kiri…ke kanan… untuk melihat suasana sekeliling. Setibanya kitorang di Skyway, kitorang tersentak sikit. Mana taknya….beratur panjang yang amat!! Nasib baiklah ada televisyen, budak-budak dan badut untuk menghilangakan tensen dan penat berdiri….setengah jam lebih berdiri.

Keadaan dalam Skyway.
Cantiknya permandangan dari skyway ni.
Dah lama beratur panjang, tibalah masa untuk menaiki Skyway. 8 orang dalam Skyway tu kitorang jer. Masa dalam Balai Pelepas tu semua ok lagi tapi bila dah keluar…..mula la berderau darah. Ada yang tak boleh nak tutup mulut. Siap samakan keadaan dengan cerita ‘Frozen’ dan ‘ Final Destination’ lagi…hehehe!! Kelakar sesangat… Bising jer dalam Skyway tu. Ada pula yang berperanan sebagai doktor untuk merasa degupan jantung masing-masing…tapi lelaki sahaja la. Setibanya di Balai Ketibaan, kitorang turun dengan perasaan lega dan teruja. Sempat juga usha gambar kitorang kat kedai gambar tapi kitorang tak beli pun. Usha jer lebih. Hehehe…

Depan pintu masuk jalan ke Theme Park.
Permandangan Outdoor Theme Park dari atas. Cantik...
Perjalanan ke Outdoor Theme Park dimulakan. Setiap langkah menggambarkan keterujaan masing-masing. Sesekali berhenti untuk mengambil gambar untuk kenangan. Setibanya di pintu masuk Outdoor Theme Park, tiket kitorang serahkan untuk dapatkan tag taman tema kitorang. Permainan pertama semestinya Spinner. Memang pening...rasa nak tercampak tapi taklah menakutkan sangat, cuma pening-pening jer.

Suasana di ointu masuk Outdoor Theme Park.

Spinner...permainan pertama kitorang cuba. Pening...
Dalam perjalanan kitorang untuk menuju ke Flying Coaster, hujan dah mula turun... akibatnya melepas nak naik Flying Coaster sebaliknya berteduh di Indoor Theme Park. Masa yang ada kitorang manfaatkan untuk ronda-ronda dan pergi tandas. Bila hujan dah reda kitorang menuju ke Pirate Ship tapi terbantut niat nak naik sebab ramai sangat umat dan kaki melangkah ke Space Shot.
Bergambar di hadapan lot-lot kedai kecil.

Bas ini bersebelahan dengan Flying Coaster.

Optimus Prime di Genting!!
Pertama kali beratur dihalang dek hujan...kejap ujan..kejap tak hujan...situasi yang kitorang kene tempuh dan kemudian beratur lagi. Kali ni hanya 6 orang yang amek peluang untuk bermain. Lagi dua takut...hahaha!! Naik Space Shot ni memang best..thrill habis. Masa kitorang dinaikkan ke atas...boleh kawal lagi degupan jantung ni...tapi sebaik saja kitorang dilepaskan, cuak giler!! Tak dapat nak menjerit... muka plak dah macam harem dah...hahaha!! 
Space Shot...tinggi sampai tak nampak hujungnya...haha!

Masa ni boleh riak lagi...hahaha!
Muka masing-masing tak boleh blah.
Grand Prix Fun Cart acara seterusnya. Kali ini hanya 7 orang yang turut serta. Mula-mula sekali aku nak bagitahu, AKULAH YANG PERTAMA SEKALI SAMPAI KE GARISAN PENAMAT!! hahaha!! Nasib memang baik sebab dapat kereta yang enjinnya baik dan laju. Kalau ikut pusingan aku ni nombor dua la... Sebelum naik Fun Kart ni, beraturnya amatlah panjang!! Siap ada yang potong-potong barisan dan sebelum bermain, kitorang diberikan taklimat oleh pekerja yang bertugas dan yang bestnya, staf tu guna broken english+loghat kelantan..hahaha!!

Aku mula dengan petak akhir...

Nampak bebenor tak lajunya...hahaha!

Inilah juaranya...1st place bebeh!
Dah puas beratur dan bermain, kitorang pergi mengisi perut dengan ada yang pergi ke KFC dan ada yang ke Burger King. Aku dan dua orang lagi kawan ke Burger King dan yang lain ke KFC... Apa barang KFC..senang nak dapat kat tempat lain kot...hahaha!!

Tebal dan lebar...Whooper dari Burger King.

Berfesbuk la tu... orang ada iphone... untunglah~~
Masa yang tinggal sedikit kitorang habiskan di Arcade Game...ada yang main siap dapat patung bear dan ada yang dapat habuk tapi yang pasti, semua dapat keseronokkan. Permainan besi eletrik (xtau nama sebenar) antara permainan yang menjadi tumpuan. 3 patung beruang berjaya diraih kontijen kitorang..hahaha!!


Mr. Optimus Prime menyambut kedatangan kitorang.

Statue of Liberty versi Malaya..keh3!
Tibalah masa nak berangkat pulang dan sekali lagi aktiviti beratur dilayan kitorang. Satu jam kitorang dihabiskan dengan beratur jer dan kemudian hari yang hujan menjadi peneman kitorang untuk turun ke Stesen Bas. Hujannya macam genting ni sedih nak lepaskan kitorang...hahaha!! Naik bas tepat jam 7.30 mlm. Bergerak ke Kajang dengan badan yang letih+teruja+seronok! Ada yang tidur, ada yang rileks dan ada yang berborak serta bergosip...hehehe!

Beratur panjang dan bersesak nak turun dari puncak genting guna skyway.

Hujan mengiringi perjalanan pulang kitorang.

Permandangan yang cantik.
Setibanya di Kajang, kitorang menaiki motor untuk pulang dan berhenti di port kedai makan rasmi kitorang di kesuma untuk minum dan menonton perlawanan Liverpool-Manchester City. Terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan yang turut serta dalam aktiviti ini. Bersyukur sebab aktiviti berjalan lancar. Lain hari kita pergi tempat lain pulak!! 

1 comment:

  1. Seronok baca cerita hang...genting yg dulu2 memang syok...kenangan sgt..ceq pun selalu p sna dolu2

    ReplyDelete