Pages

Thursday, April 19, 2012

Kad Kahwin Awal Ashaari & Scha Alyahya...Bakal Dipamerkan!

Sudah lama rasanya jari jemari ini tidak disenamkan dengan aktiviti menaip untuk blog 'tergatal' ini. Dan rasanya sudah tiba masanya untuk kembali aktif dalam berblogging setelah kerja-kerja sebenar sebagai pereka grafik di kadkahwinku.com kembali normal dan tidaklah segila bulan sebelumnya.

Hah!! Ingat nak taip story-mory biasa ke? Sudah tentu tidak! No! No! No! Blog Gatal Tangan akan mempamerkan kepada pembaca semua rekaan kad Awal Ashaari & Scha Alyahya!! Fuyoo.....!

Macam mana boleh dapat? Inilah yang dinamakan jodoh dan rezeki di tangan Tuhan. Ramai yang tahu bahawa saya bekerja di kadkahwinku.com tempat dimana kad kahwin Catriona dan Ashraf Muslim direka dan dicetak dan kali ini, kami menerima tempahan dari Awal Ashari dan Scha Alyahya.

Insya'allah... kad kahwin Awal Ashaari & Scha Alyahya akan dipamerkan kepada anda menerusi Blog Gatal Tangan ini setelah menerima kebenaran dari pihak berwajib.

No comments:

Post a Comment