Pages

Saturday, October 15, 2011

Laporan Penuh Perlawanan : Liverpool vs Manchester United



Pertemuan dua gergasi merah di Liga Perdana Inggeris adalah antara perlawanan yang amat dinantikan oleh semua peminat bolasepak didunia ini. Pertemuan antara Liverpool dan Manchester United kali ini bukan hanya mengejar 3 mata penuh semata-mata namun, perlawanan kali ini adalah untuk menunjukkan siapa lebih baik...antara Kenny Dalglish dan Alex Ferguson serta antara Liverpool dan Manchester United.




Babak awal perlawanan menyaksikan Liverpool lebih kerap melakukan serangan ke atas Manchester United walaubagaimanapun perlawanan masih dianggap seimbang. Percubaan terbaik Liverpool wujud disaat Luis Surez menggelecek pertahanan lawan dan berjaya melepaskan sepakan ke arah gawang Manchester United tetapi sepakkannya yang sedikit lemah menggagalkan percubaannya. Beberapa percubaan terbaik Liverpool gagal dimanfaat pemain-pemain. Gagal memanfaatkan peluang yang sedia ada ternyata memberi kesan yang kurang baik terhadap Liverpool.




Kenny Dalglish membawa masuk barisan pemain yang boleh dikatakan sebagai pilihan yang baik. Barisan yang diperkuatkan di bahagian tengah ini ternyata mendatangkan hasil yang memuaskan. Barisan tengah pada kali ini berjaya mencipta gerakan-gerakan yang berbahaya dan berjaya mengawal bahagian tengah. Beberapa "point" yang menarik untuk saya kongsikan disini hari ini dan diantaranya adalah.....


1. Jamie Carragher Berjayalah!!
Pelbagai kata-kata yang kurang enak didengar sejak Carra dilihat semakin merundum prestasinya namun, pada malam ini dia dilihat menjadi nadi utama dalam bahagian pertahanan. Berjaya mengawal pergerakkan lawan serta memastikan Reina selamat dari ancaman bahaya yang berterusan dari pihak lawan, sekaligus membuktikan kebolehannya di perlawanan penting.


2. Lucas Kurang Menyerlah.
Dia bermain di bawah tahap sebenarnya...kerap melakukan kesilapan hingga hampir membahayakan Liverpool dan dia akhirnya ditukarkan dengan Henderson masuk menggantikannya. Saya berharap ini adalah kali terakhir saya melihat Lucas bermain sebegini rupa....


3. Banyaknya Gerakkan Tapi Lebih Sesuai Untuk Carroll??
Jika kita imbaskan kembali perlawanan ini tadi...beberapa percubaan atau gerakkan menyerang Liverpool terarah pada penggunaan kepala atau bermain bahagian udara. Dibahagian serangan Liverpool adalah Suarez, Kuyt, Downing , Gerrard dan Adam namun jika dibandingkan mereka dengan Carroll untuk serangan yang menggunakan kepala atau udara ini adalah lebih sesuai untuk Carroll. Akan tetapi, akibat dari prestasi yang kurang memberangsangkan Carroll telah mengecualikannya dari perlawanan penting ini.


4. Luis Suarez Our Hero Number 7!!!
Ternyata pertahanan Manchester United pening dengan gerakkan dari Suarez ini. Kerap kali menyerang pertahanan lawan dengan gerakan-gerakan yang berbahaya dan antaranya mampu menghasilkan jaringan. Kawalan yang ketat dari pertahanan lawan telah membataskannya untuk berada dalam senarai penjaring tetapi dia boleh dikatakan cemerlang. Kehebatannya menggelecek pemain pertahanan Manchester United semestinya masih segar dalam ingatan Alex serta anak buahnya....


5. Steven Gerrard Is Our Captain and He Is Fucking Hard!!
Sekali lagi berjaya menembusi pertahanan Manchester United menerusi sepakkan percumanya. Ryan Giggs mengelak bagi menyelamatkan "anu"nya dari dicium bola namun ianya dibayar dengan jaringan milik Liverpool. Terima kasih Stevie!!


Jika dinilai persembahan Liverpool dengan jumlah jaringannya pada malam ini, ternyata saya sedikit kecewa namun, saya percaya jika segala kesilapan ini berjaya diatasi, pertemuan sekali lagi Liverpool dan Manchester United pasti memihak kepada Lverpool. Sekian sahaja dari Gatal Tangan dan akhir kata dari saya...YNWA!!

No comments:

Post a Comment