Pages

Saturday, October 1, 2011

Laporan Penuh Perlawanan : Everton VS Liverpool FC

Rowell dilayangkan kad merah.
The Mersyside Derby...inilah antara perlawanan epik yang dinanti-nantikan ramai peminat bola sepak inggeris. Kedua-dua kelab adalah kelab yang berjaya dalam Liga Perdana Inggeris dan ini adalah perlawanan derby yang paling lama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris iaitu pada musim tahun 1962-63 sehinggalah sekarang. Hari ini, Gatal Tangan memberikan sedikit pandangan berbentuk laporan mengenai perlawanan derby semalam.

Andy Carroll menjaringkan gol pembukaan.
1) Tahniah Andy Carroll!!!
Selepas persembahan yang memberangsangkan ketika menentang Wolverhampton minggu lepas, hari ini Carroll sudah mula menjaringkan gol di Goodison Park. Dia dilihat bergelut untuk kembali ke prestasi sebenarnya ketika pulih dari kecederaan dan pelbagai pandangan orang ramai terhadapnya namun, perancangan King Kenny dalam membantu Carroll dengan memberikan banyak peluang beraksi mula menampakkan hasil. Tahniah dan saya berharap agar prestasinya terus cemerlang.

Sepakan penalti dari Kuyt dibaca baik Tim Howard.
2) Kuyt Gagal Menyempurnakan Penalti.
Kuyt melepaskan peluang untuk menyenaraikan nama sebagai penjaring ketika mengambil sepakan penalti. Arah sepakannya cantik ke hujung gawang namun sepakkannya yang sedikit lemah memudahkan Tim Howard untuk menidakkan percubaan Kuyt itu. Walaubagaimanapun, dia antara pemain yang banyak menggerakkan bola dikawasan tengah dan terlibat dalam jaringan Carroll dengan menundukkan kepalanya untuk memberi lorongan yang cantik bagi Carroll menyempurnakan sepakan padu untuk gol.

Gerrard dan Kuyt meraikan jaringan Suarez.
3) Pemain Tengah Yang Baik.
Kurang melakukan kesilapan. Pada perlawanan ini, Adam dilihat lebih tenang dan berhati-hati dalam bertahan. Dia juga berjaya mengawal bahagian tengah untuk menjana serangan dan dia hampir melakar nama sebagai penjaring jika palang bukan penghalangnya. Bukan Adam sahaja, Lucas juga bermain dengan baik. Banyak mematahkan serangan lawan dan sememangnya seorang Defensive Midfielder yang baik walaupun kurang hebat dalam menjana serangan atau menyerang.

Suarez dikasari dalam kotak penalti.
4) Pertahanan Yang Mantap.
Ya, ada beberapa kesilapan dari Enrique, Carra, Skrtel dan Kelly namun setiap kali kesilapan dilakukan, kesalahan itu cepat ditutup oleh mereka. Dalam perlawanan kali ini, mereka mula menampakkan keserasian dan keserasian itu terserlah dengan persembahan mereka semalam. Kelly dan Enrique banyak membantu dalam serangan dan bertahan semalam dan ini terbukti setelah Enrique dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan semalam.

Jaringan dari Suarez.
5) Gerrard Masih Berbisa.
Biarpun dimasukkan pada minit ke 66. Gerrard dilihat banyak membuat hantaran yang mampu menghasilkan jaringan. Gerrard juga pasti menjaringkan gol jika tidak dihalang oleh pertahanan Everton. Khidmat Gerrard amatlah ditagih dalam perlawanan menentang Man Utd nanti.

Kembali menjaringkan gol.
Perlawanan menentang ini penting kerana bukan sahaja perlawanan Derby tetapi ini adalah perlawanan untuk dijadikan kayu ukur ketika menerima kunjungan Man utd di Anfield nanti. Man Utd meneruskan rentak cemerlangnya dalam kempen Liga Perdana Inggeris dan semalam, Man Utd sudahpun memecahkan rekod kelab dengan menang 19 kali dalam semua perlawanan di tempat sendiri. Terpulanglah kepada kelab, pengurus, dan juga para pemain dalam merancana perancangan yang sesuai untuk meleburkan senyuman pada wajah Man Utd. Kami sebagai penyokong sentiasa bersama anda di dalam apa jua situasi. Sekian dari Gatal Tangan dan akhir kata, YNWA!!

No comments:

Post a Comment