Pages

Sunday, September 11, 2011

Faktor Mengapa Liverpool Tewas di Stadium Britania.

Walters meraikan jaringan...tapi tengoklah fans Liverpool :)
Liverpool mengalami kekalahan pertama mereka musim ini setelah tewas 1-0 kepada Stoke City di Britania Stadium. Kekalahan ini menyebabkan Liverpool kini berada di tangga kelima setelah berada di tangga di tangga ketiga minggu lepas. Gol hasil jaringan penalti oleh Walters pada minit ke 20 adalah kesan dari kekasaran yang dilakukan Carragher keatas Walters sekaligus menyaksikan gol pembukaan itu menjadi punca kekalahan Liverpool namun apakah faktor sebenar kekalahan ini? Gatal Tangan hari ini memberikan pendapat!!

1. Luis Suarez terlalu banyak bunyi : Ini adalah liga perdana inggeris. Pengadil mempunyai kuasa yang besar bukan sahaja didalam padang tetapi di luar padang juga. Beberapa peraturan dalam BPL yang melindungi pengadil-pengadil di BPL ini sekaligus mereka berasa berkuasa dan ini adalah kepahitan hakikat yang perlu ditelan oleh Suarez. Jiak Suarez terlalu banyak "menyerang" pengadil, pengadil akan berasa rimas dan pemain yang banyak suara seperti Suarez akan dipandang sebelah mata atau dalam bahasa mudah, buat tak layan. Bukan nak mengkritik Surez tetapi ini yang harus Suarez hadapi sekiranya mahu bergelar penyerang disegani di BPL.
Suarez dikawal ketat.
2. Gagal dalam percubaan : Rasanya masih segar diingatan ramai penyokong Liverpool disaat Henderson dan Adam mendapat peluang bertubi-tubi untuk menjaringkan gol namun gagal dalam 5 percubaan berturut-turut itu. Apa yang dapat saya lihat adalah kurangnya kesabaran, sedikit tamak dan sedikit gugup. Henderson seperti tidak relaks ketika mendapat peluang kedua dan ketiga setelah percubaan pertamanya gagal. Manakala Adam pula seperti sedikit tamak dan kurang sabar ketika menyambung percubaan Henderson dan ini menyaksikan 5 percubaan bertubi-tubi gagal dsempurnakan. Jika diperhati dengan teliti, Adam mempunyai peluang untuk melorongkan bola kepada Suarez yang kurang dikawal untuk menjaringkan gol namun, percubaan terus dipilih Adam.
Gagal menerjah jaring lawan.
3. Pengadil : Pengadil bukanlah berat sebelah tetapi tidak peka dan seperti buta. Meskipun mempunyai 3 pengadil didalam padang serta seorang diluar, masih gagal melihat handball dan seingat saya, 4 handball!! Pengadil juga gagal memberikan keputusan terutama ketika penalti diberikan kepada Stoke. Jika dilihat dengan baik ianya seperti 50-50 dan sebaik keputusan adalah play on bukan penalti!! Sikap "boss" dalam diri pengadil perlu dikikis sekiranya BPL mahukan permainan yang lebih telus dan bersih.
Walters mengambil sepakan penalti.
4. Gagal memanfaatkan kelebihan : Liverpool menguasai bola dengan 59%, percubaan tepat Liverpool 11:1 Stoke, percubaan tidak tepat Liverpool 9:2 Stoke dan sepakan sudut Liverpool 12:2 Stoke. Jika dilihat dari statistik, Liverpool memenangi perlawanan akan tetapi, keputusan adalah disebaliknya.
Crouch diasak Lucas...bezanya tinggi!!
Apa yang kurangnya Liverpool? Liverpool bermain baik namun kurangnya gerakkan yang benar-benar menggugat lawan. Setelah dilihat corak bertahan Stoke, bermain dengan percubaan dari luar atau menggunakan pemain tinggi lampai seperti Carroll adalah diperlukan bagi memecahkan corak permainan bertahan Stoke. Gunakan Carroll sebanyak mungkin dalam satu-satu masa dan kurangkan peranan dari Suarez dan dengan ini, tumpuan pertahanan Stoke adalah lebuh terarah kepada Carroll dan ini memberikan ruang kepada Suaraez untuk melancarkan serangan secara mengejut atau terus. Namun, kemasukan Carroll dan Bellamy saya anggap sudah lewat dan akhirnya kita dipaksa berpuas hati dengan tewas 1-0 kepada Stoke. Bagaimanapun, ini bleh dijadikan batu loncatan untuk Liverpool ketika menentang Tottenham nanti. Akhir kata dari saya, YNWA!!

No comments:

Post a Comment