Pages

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 2011 Yang Jauh Berbeza...


Pada 30 Ogos 2011, seluruh umat islam di Malaysia menyambut kedatangan Syawal dengan pakaian baru dan laungan takbir. Makanan, minuman, mercun, bunga api memeriahkan lagi suasana Syawal. Keteletahan kanak-kanak menceriakan Syawal dan semua ni aku rasa tetapi tidak aku menyangkal bahawa, raya ini sudah banyak bezanya. Walau semeriah mana, walau seindah mana pun raya tahun ini, ianya tetap aku rasakan berbeza dari raya-raya sebelumnya. Bila direnungkan dan diperahkan kepala otak yang semakin membeku ni, barulah aku tau kenapa...
Usia...usia mematangkan manusia lalu menjadikan seseorang itu seorang yang kuat dalam menempuh kehidupan ni. Dan pabila seseorang itu menjadi kuat dalam menempuh hidupnya maka belajarlah ia erti kehidupan dan mengenallah ia kepada penciptaNya serta siapa dirinya. Seperti aku...setelah diperah otak beku aku ini, terhidanglah jawapan yang dicari namun adakah ini jawapan yang mahu aku telan?? "Kau dah besar dan lebih bertanggungjawab" adalah jawapan yang diberi. Kenapa tak aku jamah jer jawapan ni? Takot betul? Takot salah?

Tapi dah nama pun SUDAH BESAR..pahit ke, masam ke, manis ke telan je la... Bila dah semakin dewasa ni, duit raya dah tak dapat dah. Nak merasa RM5 pun susah, apetah lagi RM10 en.... Bila berjumpa sedara mara, perut, ketinggian, ketampanan dan kedewasaan menjadi perhatian dan kalu aku selalunya penambahan bahan lemak dalam tubuh yang menjadi bahan bualan serta teguran. Bila dengan kawan-kawan, bukan lagi basikal atau beraya ke rumah orang yang tak dikenali atau duit raya yang dikejar semasa raya, tetapi rumah sahabat andai dan motosikal yang dicari sebagai penyeri raya. Bila beraya dengan kawan-kawan, ada antaranya dah pandai bawa teman wanita a.k.a awek beraya sekali. Tak kurang jugak yang menunjukkan telefon bimbit canggih serta pintar semasa beraya.

Bukan sekadar itu yang berbeza...cara beraya juga dah berbeza. Dulu beraya sekadar beraya tapi sekarang beraya sambil bertanya khabar, tanya belajar mana, tanya kerja mana, awek mana, memacam lagilah. Kawan yang kurang bernasib baik juga dilawat. Bersimpati dengan nasib yang menimpa diorang. Tak lupa juga dengan kawan yang sudah pun mendirikan rumah tangga. Ada yang beraya dengan anak sulung dan ada juga yang berya sebagai suami dan isteri buat pertama kali. Alhamdulillah, takde yang beraya sebagai duda atau janda buat pertama kali tahun ni dan harap-harap takdelah kawan aku yang macamtu.
Kalau dulu beraya beramai-ramai memang layan tapi sekarang biarpun hanya sekelumat umat yang gerak beraya masih jugak happening. Beraya rumah kengkawan sebagai seorang yang sedang meningkat dewasa ni memberikan kita sepasang mata yang melihat suasana dan keindahan raya dengan pandangan yang berbeza. Susah nak salurkan perbezaan itu dalam bentuk kata-kata sebab terlalu kompleks untuk dikompres dan terlalu licin untuk dipicit. Sememangnya aku berterima kasih kepada sedara-mara serta rakan-rakan sebab sudi beraya bersama aku, sudi mengajak aku beraya dirumah kalian. Terima kasih juga kat Imam, Bilal, Siak, Rakan Muda Masjid serta makmum yang bersembahyang raya di Masjid Kariah Kg. Sg. Jai kerana anda semua, masjid tu meriah sesangat dengan laungan takbir.

No comments:

Post a Comment