Pages

Sunday, September 18, 2011

Laporan Penuh Perlawanan : Tottenham-Liverpool

Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula. Mungkin adalah pepatah yang sesuai benar dilabel keatas LFC serta penyokongnya. Tewas 4-0 ke atas Tottenham, kehilangan khidmat Adam dan Skrtel serta kekalahan yang paling teruk sejak tahun 2003. Mana silapnya?? Apa puncanya?? Siapa dalangnya?? Hari ini, walau dengan hati pilu, Gatal Tangan memberikan pandangan serta pendapat.

Modric meraikan jaringan.
1) Pemain LFC Mudah Jatuh Moral.
Tottenham dilihat mendominasikan perlawanan sejak jaringan Luca Modric. Sejak dari itu kelihatan pemain LFC mula berkerut dahi dan bermain dibawah tekanan. Ditambah pula dengan asakan hebat dari Adebayor serta gerakkan berbahaya dari Modric kesilapan dari pertahanan mula menonjol dan akibat dari bermain dibawah tekanan, kekasaran menjadi pilihan kebanyakkan pemain dan Adam serta  Skrtel antara yang menerima padah dan dibuang padang.


Henderson gagal mengekang Modric.
2) Pemain Tengah Yang Kurang Kreatif.
Adam, Downing, Henderson, Lucas adalah antara yang pemain tengah yang bermula cemerlang pada permulaan musim namun, tenggelam baru-baru ini. Bukannya mereka tidak bagus tetapi mereka kurang kreatif dibahagian tengah. Mana-mana pasukan yang bermain bola sepak memerlukan pemain tengah yang kreatif namun, ke empat-empat pemain masih gagal dalam subjek kreatif. Adam bermain terlalu keras, Henderson kurang menyerlah, Downing gagal keluar dari kekangan pertahanan lawan manakala Lucas pula sering melakukan kesilapan kecil. Tetapi dari segi hantaran dan sokongan ke atas penyerang, Suarez dan Carroll adalah tidak memuaskan. LFC ada dua penyerang yang mampu memberikan pelbagai jenis hantaran...bola tinggi boleh dihantar ke Carroll, bola rendah boleh dilorong ke arah Suarez...gerakan satu dua boleh dijalankan oleh pemain tengah dengan kedua-dua penyerang namun itu jarang-jarang berlaku!! Persoalan mengapa Gerrard tidak dibawa masuk adalah antara persoalan yang tidak dapat dijawab lagi.


Agger cuba mengekang Dofoe.
3) Barisan Pertahanan Dalam Bangku Simpanan Diragui.
Sebastian Coates dimasukkan bagi menggantikan Agger yang mengalami kecederaan dan sejak dari itu dilihat dia masih memerlukan banyak latihan serta memperlajari corak permainan inggeris kerana dia juga antara pemain yang kerap melakukan kesilapan dibahagian pertahanan. Adalah baik sekiranya pertahanan semalam bermula dengan Kelly dibahagian pertahanan kanan dan Carra dan Agger ditengah serta Enrique di kiri. Sekiranya Agger atau Carra cedera atau dikenakan kad, Skrtel ada didalam pertahanan dan ini adalah lebih baik dari menurunkan pemain yang kurang berpengalaman dalam perlawanan yang dilihat genting.



Suarez cuba melancarkan serangan.
4) Bahagian Serangan LFC Kurang Tajam Dan Carroll Masih Gagal.
Carroll ibarat seperti tidak berfungsi....bermain sepanjang perlawanan namun sumbangannya masih tidak sampai... Dijangka dikeluarkan namun, Suarez pula yang dibawa keluar dengan menggantikan Craid Bellamy dan Carroll masih lagi gagal dengan peluang yang diberi dan saya berasa, dia samakin kehilangan tempat dalam kesebelasan utama musim ini. Ada baiknya pula Suarez dibawa keluar kerana dia antara pemain yang dipandang keras oleh mana-mana pengadil kerana sering mempertikaikan keputusan pengadil dan ini adalah pantang yang perlu dijaga oleh Suarez. Kemasukan Bellamy pula pada saya adalah terlambat.


Enrique dan Coates cuba menghalang Adebayor.
5) Pemilihan Pemain yang Kurang Efektif.
Pada pendapat saya, pemain yang perlu dimasukan pada permulaan permainan adalah...:
- Serangan : Suarez dan Bellamy.
- Tengah : Adam (Tengah), Downing (Kanan), Kuyt (Kiri), Lucas/Spearing (Belakang).
- Bawah : Kelly (Kanan), Carra dan Agger (Tengah), Enrique(Kiri)
Ketiadaan Kuyt adalah sedikit merencatkan LFC terutama dalam gerakkan menyerang. Kuyt bukan sahaja berstamina tinggi malah, dia mampu memegang bola dengan lama dan ingat, jaringan tidak boleh terjadi sekiranya bola tiada. Kemasukkan Bellamy juga sudah terlambat. Gandingan Bellamy dan Suarez mungkin adalah antara gandingan yang mantap berbanding Suarez dan Carroll. Kelly juga sepatutnya dimasukkan kerana dia adalah antara pemain pertahanan yang sering membantu gerakkan menyerang.


6) Pengadil Sekali Lagi Menganak Tirikan LFC.
Bagaikan sudah benci dengan LFC, pengadil dilihat lebih cenderung meletakkan kesalahan keatas pemain LFC berbanding lawannya. Seperti sudah berpakat atau dibayar, LFC adalah antara kelab bola sepak yang dilanda masalah pengadilan untuk musim ini.


Awan yang mendung tak semestinya hujan dan hujan tidak semestinya mengakibatkan banjir. " When you walk through the storm, Hold your head up high, And don't be afraid of the dark, At the end of the storm, There's a golden sky....Walk on, through the wind, Walk on, through the rain, Though your dreams be tossed and blow..." Mungkin ungkapan "In King Kenny We Trust" sudah mula retak namun lirik diatas adalah benar belaka. Kejatuhan adalah batu atau tapak untuk kita berpijak bagi mencapai kejayaan tetapi bagaimana kita meletakkan tapak itu adalah persoalannya. Kedudukan empat teratas adalah sesuatu yang tidak mustahil bagi LFC dan saya sebagai penyokong LFC yakin akan kembalinya LFC dilandasan sebenar dan akhir kata dari saya, YNWA!!!

•Berita yang sama boleh dibaca dengan melawati Liverbird Malaysia's Blog di http://liverbirdmalaysia.wordpress.com/

1 comment:

  1. 1) kelly injured
    2) carroll tak lah teruk sangat game ni, cia diarah beraksi diluar posisi iaitu banayak di bahagian sayap selepas 2 kad merah.
    3) maybe best performance from carroll so far for this season
    4) positioning beberapa player teruk esp skrtel pada awal2 game
    5) liverpool perlu memberi tumpuan pd first 15 minute bcoz it reflect the whole game ( tengok big club lain, kebanyakan mesti impress early game)

    ReplyDelete