Pages

Sunday, December 18, 2011

Laporan Penuh Perlawanan : Aston Villa VS Liverpool

2 gol hasil jaringan Bellamy dan Skrtel memastikan Liverpool mendapatkan 3 mata dari perlawanan di Villa Park. Bellamy, Skrtel, Suarez, Reina dan Downing antara yang menjadi subjek pada perlawanan semalam. Perlawanan semalam meletakkan Liverpool ditangga keenam dan berkongsi mata dengan Arsenal yang tewas kepada Manchester City.


1) Statistik Perlawanan.
Sumber dari SkySports


Skrtel menanduk masuk bola untuk jaringan kedua LFC.


2) Bellamy & Skrtel Menjaringkan Gol.
Bellamy membuka jaringan perlawanan dengan hasil dari kekecohan dihadapan gol setelah gerakkan dari Liverpool gagal dikekang dengan kemas oleh Aston Villa. Bellamy sekali lagi cemerlang selepas sepakkan sudutnya berjaya disempurnakan oleh Skrtel dengan menanduk cantik bola yang dihantar Bellamy.


Bellamy membuka jaringan perlawanan.


3) Prestasi Bellamy.
Segalanya sudah jelas, Craig Bellamy perlu bermain didalam kesebelasan utama Liverpool bagi menajamkan lagi serangan Liverpool yang dilihat semakin tumpul dalam menerjah jaring. 2 percubaan Suarez sekali lagi dinafikan oleh "besi gol" dimana palang dan tiang menjadi penghalang.


Downing kecewa dengan penyokong Aston Villa.


4) Downing Cemerlang Meskipun Diejek Penyokong Aston Villa.
Dia di"boo" oleh ramai penyokong Aston Villa ketika membantu pasukan dalam merencana gerakkan dan serangan. Downing ternyata kecewa dengan layanan yang diberikan oleh penyokong Aston Villa namun, dia tetap memberikan persembahan yang baik bagi Liverpool. Ejekkan penyokong Aston Villa hanya mampu bertahan hingga minit ke-50 dan segilintir penyokong Aston Villa sudah pun meninggalkan stadium pada minit ke-80 dengan penyokong Liverpool yang menguasai stadium sepanjang perlawanan.


Suarez sering dikecewakan oleh tiang dan palang gol.


5) Suarez Dikecewakan Dengan Palang & Tiang.... Lagi!
Apalah nasib..... Suarez bermain dengan cemerlang dan kerap kali menggugat pertahanan lawan dengan gerakkan berbahayanya. Banyak juga percubaanya yang mampu menjaringkan gol namun tiang dan palang sentiasa menjadi penghalang.


Reina tidak bolos.


6) Reina Tidak Bolos.
Meskipun kurangnya percubaan berbahaya dari Aston Villa namun, Reina yang menafikan 4 percubaan tepat Aston Villa bukanlah boleh dipandang sebelah mata. Kekentalan penjaga gawang mampu memberikan peransang terhadap mentaliti kemenangan dalam pemain lain.


Bellamy berasak bagi memenangi bola.


7) Peluang Digunakan Dengan Baik.
Ketiadaan Shay Given, Darrent Bent dan Agbonlahor dimanfaatkan sepenuhnya oleh Liverpool. Dua jaringan yang dijaringkan pada awal 15 minit perlawanan juga dimanfaatkan Liverpool setelah pertahanan Aston Villa yang dilihat bermain dengan buruk.


Adam & Shelvey turut memainkan peranan dengan baik.


8) Syabas Jonjo Shelvey.
Setelah menimba pengalaman dengan bermain di Blackpool sebagai pemain pinjaman, Shelvey menunjukkan prestasi yang baik bagi menggantikan Lucas yang cedera. Ini juga merupakan bukti bahawa Liverpool dipenuhi dengan pemain muda yang berkebolehan besar di LPI.


Selepas ini Liverpool bakal berkunjung ke DW Stadium bagi menentang Wigan. 3 mata perlawanan pastinya tidak akan dilepaskan oleh Liverpool bagi merapatkan jurang dengan pendahulu liga. Sekain sahaja dari Gatal Tangan dan akhir kata, YNWA!!

No comments:

Post a Comment