Pages

Monday, December 5, 2011

Laporan Penuh Perlawanan : Fulham 1-0 Liverpool

Ketika mata masih lagi berat dengan kepala terhangguk-hangguk, penyokong kelab Liverpool FC terus melekat di kaca televisyen untuk menonton perlawanan antara Fulham dan Liverpool. Malang buat Liverpool dimana menerima kekalahan selepas prestasi yang baik ketika menentang Chelsea dan Manchester City. Jaringan terhasil dari kesempatan yang diambil Dempsey setelah Pepe Reina gagal menangkap kemas bola melalui percubaan Murphy.


1) Statistik Perlawanan.
Sumber dari SkySports.


2) Mutu Pengadilan Yang Tidak Berkualiti.
Kevin Friend dipertanggungjawabkan untuk mengadili perlawanan ini dan ternyata dia gagal melakukannya dengan baik. Suarez sering dipersalahkan ketika dia menyerang dan penjaga garisan turut gagal memberikan keputusan yang baik. Jay Spearing diberikan terus kasd merah sekaligus, Liverpool tempang dibahagian pertahanan. Jay Spearing melakukan "clearance" dengan kakinya tepat menerjah bola dan seterusnya mengenai kaki Dembele. Ia sememangnya tindakkan yang kurang bijak dari Spearing namun, kad merah terus adalah keterlaluan. Bukan sahaja pada Liverpool, Kevin Friend turut silap membuat keputusan terhadap Fulham.


Kevin Friend kurang bagus dalam tugasannya.


3) Jay Spearing Menggantikan Lucas Dengan Baik.
Dia kerap melakukan bentesan yang baik bagi mengurangkan tekanan terhadap pertahanan Liverpool. Hantarannya untuk menjana serangan turut membantu pasukan. Dengan usianya yang muda, dia masih boleh menimba sebanyak mana pengalaman serta pengetahuan dalam posisinya dan ini mampu meraih kesan yang positif untuk memajukan dirinya.


Tindakkan kurang bijak namun, pengadil silap.


4) Dempsey,Dembele dan Hangeland.
Ketiga-tiga pemain ini gagal diatasi oleh pemain Liverpool dan mereka juga yang kerap mendatangkan masalah kepada Liverpool. Hangeland kental bertahan sekaligus memberikan kedudukan yang selesa untuk Schwazer. Dembele pula kerap melakukan gerakan serta hantaran yang baik dan gandingannya dengan Dempsey sememangnya menggugat pertahanan Liverpool. Dempsey jika dilihat kembali, kerap melakukan percubaan dari luar dan setiap percubaannya tepat ke arah gawang. Reina dipaksa bekerja keras untuk menanggani Dempsey.


Suarez kurang perlindungan dari pengadil perlawanan.


5) Tiada Nasib.
Nasib nyata kurang menyebelahi pasukan Liverpool. Andy Carroll, Jordan Henderson dan Stewart Downing antara yang kurang bernasib baik. Percubaan Andy Carroll berjaya di tepis Schwazer dan dihalang pertahanan lawan. Percubaan Jordan Henderson pula dinafikan oleh tiang dan Stewart Downing pula menemui palang.


Dempsey meraikan jaringannya.


6) Sedikit Cadangan.
• Penjaga gawang yang lebih berkualiti diperlukan. Meskipun bukan keperluan tetapi adalah tidak salah jika pencarian dimulakan sekarang. Penjaga gol yang muda dan berpotensi besar amatlah ditagih bagi menggantikan Reina satu hari nanti. Ingat, Reina kerap melakukan kesilapan meskipun melakukan yang terbaik serta berjaya menangkis serangan dari lawan dengan jaya.
• Perlunya pemain perancang yang kreatif. Manchester City mengalami perubahan yang baik setelah berjaya mendapatkan pemain [erancang yang baik seperti Silva. Dia adalah enjin yang baik bagi Manchester City dan pemain seperti ini perlu ada dalam skuad Liverpool. Adam boleh menggantikan Gerrard tetapi Adam adalah pemain yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan Alonso.
• Penyerang yang lebih tajam perlu ada dalam skuad Liverpool dan perlu dimasukkan ketika perpindahan Januari nanti. Carroll masih gagal menemui rentaknya dan Suarez ternyata perlukan sokongan yang lebih untuk menjana serangan yang baik. Ini sememangnya perlu kerana bayangkan jika Suarez dan Caroll cedera, siapa yang layak selain Kuyt?


Carroll dikekang dengan baik oleh pihak lawan.


Kekalahan dalam perlawanan ini memakukan kedudukan Liverpool di tangga ke7 Liga Perdana Inggeris dan akibatnya, Liverpool sedikit tercicir dalam perebutan di tangga ke4 & ke5. Jika Liverpool berjaya berada dalam Kedudukan ke5 atau ke4 sebelum perpindahan januari dibuka nanti maka, Liverpool mempunyai peluang yang cerah ubtuk ke Liga Juara-Juara dan disamping itu, mampu menarik pemainn yang berkualiti ke dalam skuad.


Kesilapan Reina memakan diri dan kelab.


Sekian sahaja laporan dari Gatal Tangan dan akhir kata, YNWA!!

No comments:

Post a Comment