Pages

Wednesday, August 3, 2011

Anfield adalah Liverpool Football Club


Kenapa pulak aku cakap camtu? Bagi mereka yang merupakan penyokong LFC yang baik, pastinya kenyataan aku diatas adalah sesuatu yang bukannya pelik apatah lagi mustahil atau tak betul. Ini adalah kerana Anfield sudah bersama LFC sejak penubuhan LFC. LFC ditubuhkan pada tahun 1892 dan sehingga sekarang, Anfield adalah stadium yang menjadi tuan rumah LFC.
Dibina pada tahun 1884 dan berdekatan dengan Stanley Park, Anfield dahulunya disewa oleh pasukan musuh tradisi LFC iaitu Everton. Namun akibat dari masalah mengenai kos sewa, Everton menukar stadium mereka dan sejak itu Anfield digunakan oleh LFC.
Anfield pada awalnya mampu memuatkan penonton seramai 20,000 orang. Pada tahun 1906, salah satu hujung tebing stadium dinamakan semula kepada Spion Kop sempena sebuah bukit di Natal dimana Perang Boer Kedua pernah berlaku di bukit itu. Lebih 300 orang Rejiman Lancashire mati dan kebanyakannya adalah dari Liverpool.
Stadium Anfield melalui banyak proses pengubahsuaian dan jumlah penonton yang mampu dimuatkan kini adalah sejumlah 45,362 penonton. Pada tahun 2004, Majlis Kota Raya Liverpool membenarkan permohonan kelab LFC untuk membina sebuah stadium yang mampu memuatkan sebanyak 60,000 penonton namun, ketika LFC diambil alih oleh George Gillet Jr dan Tom Hicks, berlaku sedikit pengubahsuaian rekaan dan setelah rekaan ini diberi lampu hijau oleh Majlis Kota Raya Liverpool, pemilik bersama LFC ini pula menerima masalah kewangan dan akhirnya Anfield dikekalkan sebagai Tuan Rumah LFC.

No comments:

Post a Comment