Pages

Sunday, August 7, 2011

Laporan Perlawanan Persahabatan : Liverpool-Valencia : Ulasan Bagi Setiap Pemain




Reina : Menjaga gawang dengan baik. Membuktikan dia adalah salah seorang penjaga gawang yang baik di dalam Liga Perdana walaupun kurang diuji dengan percubaan yang hebat namun setiap percubaan lawan yang diselamatkan tidak boleh dipandang ringan.
Carragher : Memastikan bahagian pertahanan bertahan dengan mantap. Sentiasa bersuara lantang dalam memastikan pemain pertahanan lain sentiasa berwaspada dan ini kelihatan jelas ketika Robinson dan Flanagan dibawa masuk.
Agger : Terbaik…bertahan dan menyerang dengan cemerlang. Tentu kita masih ingat ketika dia menggelecek di hadapan gol sebelum membuat percubaan. Saya berharap agar dia tidak dibelenggu dengan masalah kecederaan lagi.
Aurellio : Membuktikan yang dia masih mampu menggalas dan bersaing untuk bek kiri. Menggerakkan bola dari kawasan bawah ke tengah namun, potensi ini harus dikekalkan atau di majukan lagi kerana selalunya, prestasi beliau tidaklah berapa konsisten seperti di zaman Rafa dahulu.
Kelly : Fuuhhh…menggalas tugasan yang ditinggalkan Johnson akibat kecederaan dengan baik. Nampak persaingan hebat di bahagian bek kanan. Dia bertahan dengan mantap dan menyerang dengan baik. Biarpun ketika naik menyerang, peranan sebagai pemain pertahanan masih mampu dilaksanakan dengan baik.
Flanagan & Robinson : Tidak gugup lagi bermain di skuad utama dan adalah masih terlalu awal untuk mengatakan mereka sudah mampu menggalas tugas sebagai pertahanan dengan baik. Tetapi, dengan prestasi pada usia sebegini, mereka berdua adalah antara prospek hangat di Liverpool.
Henderson : Bermain dengan baik tetapi mungkin terlalu awal untuk mengatakannya kerana kalau nak diikutkan, pemain ini lebih banyak menggerakkan bola dari menghantar atau percubaan menjaringkan gol walaupun terlibat dalam gerakkan yang menghasilkan gol pertama. Apa pun beliau tidak mengecewakan kerana harga yang dibayar untuk mendapatkannya boleh dianngap tinggi jika dinilai dengan prestasinya sebelum ini.
Downing : Saya suka dengan persembahannya. Dia menggerakkan sayap bagai tiada yang menghalangnya. Jika dia meneruskan prestasi sebegini, dia boleh menjadi lebih baik dari Bale.
Adam : Bermain sepanjang minit perlawanan dan dilihat mampu menggalas tugas pemain tengah sekiranya ketiadaan Stevie nanti. Apa pun saya berasa prestasinya dalam menjana serangan sedikit kurang namun penguasaanya di kawasan tengah bersama pasukan lain bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng.
Spearing : Salah seorang pemain yang saya suka persembahnnya. Jika diasah lagi, dia mampu bermain sebagai Defensive Midfielder yang baikdan lebih baik dari The Monster, Mascherano.
Lucas dan Kuyt : Minit mereka beraksi membataskan saya untuk memberi komen yang banyak namun kalau kita masih ingat…Lucas banyak melakukan bentesan dengan baik dan melakukan lorongan bola yang cantik bagi menjana serangan. Kuyt pula banyak melakukan hantaran bagi menyerang gawang lawan. Sememangnya dia adalan ancaman bagi pihak lawan terutama dari bahagian kanan. Pemain serangan yang tiada masalah bermain di sayap.
Maxi : Dia ada banyak peluang melakukan rembatan ke gawang gol di kawasan berhampiran kotak penalti jika dikira dengan minit dia bermain namun, kerap kali tiap percubaannya Berjaya dipatahkan lawan.
Carroll : Bermain dengan baik pada separuh masa pertama namun dia ada sedikit masalah saya lihat. Kurang berkesan sekiranya kurang sokongan dari bahagian tengah atau pemain lain. Perlu ada pemain tengah untuk membantu dia meguasai kawasan serangan namun sekiranya peluan terhidang, dia akan menganbilnya dengan baik. Apa pun dia masih kurang baik sekiranya bermain sebagai penyeran keseorangan.
Ngog : Masih banyak yang peru dia lakukan. Permainannya biasa sahaja dan percubaan menarik darinya hanya dapat kita lihat pada masa dia mula bermain. Mudah tumbang jika diasak pertahanan lawan.

Kesimpulan : Perlu penambahan dalam bahagian serangan. Permantapkan lagi pemain pertahanan. Berpuas hati dengan bahagian tengah dan berharap agar ada pemain yang mampu berganding dengan Carroll dan saya rasa Downing adalah calon yang sesuai. Pemain terbaik perlawanan pilihan saya…..Downing, Spearing, Kelly dan Carra.

No comments:

Post a Comment