Pages

Wednesday, August 10, 2011

Steven Gerrard Is Our Captain!! (Bahagian Akhir)

Musim 2005-06, Stevie melakukan sebanyak 53 perlawanan dalam bahagian midfield dan berjaya menjaringkan 23 gol. Stevie menerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA dan musim ini dilengkapkan dengan kemenangan Piala FA selepas menang ke atas West Ham United. Gol jaringannya telah dipilih sebagai Gol Terbaik Perlawanan dan merupakan antara jaringan yang terbaik dalam sejarah Piala FA.
LFC menewaskan Chelsea ketika final Perisai Komuniti FA  namun, dalam peringkat domistik LFC menduduki ditempat yang ke3. Pada Piala FA pula, LFC tewas kepada Arsenal di pusingan yang ke3 kejohanan. Di Piala Carling, LFC sekali lagi ditewaskan oleh Arsenal walaubagaimanapun, LFC melangkah lebih jauh dalam Liga Juara-Juara. LFC menewaskan Barcelona di peringkat ke 16 pasukan terakhir dan menewaskan Chelsea di separuh akhi kejohanan. Aksi final Liga Juara-Juara menyaksikan LFC bertemu sekali lagi dengan AC Milan namun pada kali ini tewas 2-1. Akhirnya LFC menjadi Naib Juara dalam Liga Juara-Juara. 
Musim 2007-08, Stevie menjadi Pemain Terbaik Perlawanan dalam perlawanan pertama LFC dalam musim ini. Stevie juga melengkapkan penampilan yang ke-400 untuk LFC ketika menentang Arsenal dan sekali lagi Stevie dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan tetapi dalam kategori pilihan peminat. Stevie menjaringkan gol dalam  7 pelawanan berturut-turut dan meletakkannya sebaris dengan John Aldridge. Penampilan dalam Liga Perdana Inggeris ke-300 dicatat oleh Stevie ketika menentang Blackburn. LFC menduduki kedudukan yang ke-4 dalam liga dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara anmun kecundang di tangan Chelsea. Stevie sekali lagi dicalonkan dalam senarai Pemain Terbaik Tahunan PFA bersama bekas rakan sepasukan, Fernando Torres.
Awal musim 2008-09 menyaksikan Stevie menjalani pembedahan paha dan dia menjaringkan gol yang ke-100 dalam kariernya ketika menjaringkan gol dalam perlawanan menentang PSV Eindhoven. Stevie melengkapkan penampilan ke-100 dalam kejohanan kelab peringkat Eropah. Beberapa kemenangan berharga turut dikecapi oleh Stevie dengan kemengan bergaya, 4-0 ke atas Real Madrid juga menang besar ke atas seteru utama LFC, Manchester United dengan jaringan 4-1. Stevie turut menerima pujian oleh pemain lagenda Real Madrid yang pernah memenangi Pemain Terbaik Tahunan Dunia FIFA, Zinedine Zidane.

2 comments:

  1. terbaik bro. boleh baca blog saya pasal lfc gak .. ade gak cite2 bola yg lain http://kamalsyahsharif.blogspot.com ehehehe

    ReplyDelete