Pages

Monday, August 15, 2011

Laporan Penuh Perlawanan Liverpool-Sunderland



Perlawanan Pertama Liga Perdana.

Liverpool turun dengan barisan pemain : Reina, Carra, Agger, Enrique, Flanagan, Lucas, Adam, Downing, Henderson, Suarez, Carroll, Kuyt (Sub), Meireles (Sub). Pada awalnya saya menjangkakan Bukan Flanagan dan Henderson berada dalam perlawanan pertama ini tetapi Aquilani dan Kelly namun, inilah barisan yang diturunkan King Kenny.

Liverpool dilihat sedikit mengawal permainan pada babak pertama. Suarez gagal menyempurnakan sepakan penalti namun dia berjaya menebus kegagalannya dengan menjaringkan gol pertama LFC musim ini. Carroll juga banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi penyudahnya gagal menerjah jarring lawan. Barisan pemain tengah yang diperkuat oleh King Kenny menunjukkan persembahan yang memberansangkan serta mantap. Banyak lorongan dan hantaran cantik dilakukan, terutama dalam membantu Carroll dalam menyerang. Adam dan Downing ternyata pembelian yang berbaloi oleh King Kenny. Mereka bersama Lucas mengawal bahagian tengah pada separuh masa pertama dengan baik. Bagaimanapun Henderson, perlu lebih banyak lagi usaha dalam bahagian tengah ini kerana dengan adanya Aquilani yang mampu bermain dengan lebih baik, mampu menjejaskan kedudukannya dalam kesebelasan utama.

Babak separuh masa kedua pula kelihatan Sunderland lebih rancak rentaknya. Banyak percubaan yang dilancarkan oleh Sunderland dan akhirnya, kelemahan Flanagan dalam mengawasi pemain lawan membenarkan, Sunderland mengikat keputusan. Flanagan bukan gugup tetapi akibat dari kelalaian dan kurangnya pengalaman, dia menumpukan kedua matanya ke bola dan gagal mengesan pihak lawan dibelakangnya dan akhirnya gol LFC dibolosi. Ada besar kemungkinan, Kelly akan bermain di pertahanan kanan. Pada saya, dia dilihat pemain yang lebih sesuai menggantikan Johnson. Meireles yang dibawa masuk pada babak kedua gagal memberikan impak yang memberansangkan namun, Kuyt adalah sebaliknya. Kuyt seperti biasa ligat dibahagian sayap kanan dengan banyak melakukan hantaran ke hadapan bagi menyerang gawang lawan.

Apa yang dapat saya rumuskan adalah bahagian serangan LFC yang kelihatan masih belum cukup tajam. Kita mengharapkan agar pemain-pemain tengah dapat melorongkan bola yang cantik kepada Carroll terutamnya namun, apabila banyak lorongan yang cantik dihantar, Carroll masih gagal menyempurnakan percubaannya. Banyak percubaannya hampir menerjah jaring dan berkemungkinan dari asakan pemain pertahanan lawan keatasnya membataskan pergerakkannya tetapi ia bukanlah alasan yang kukuh kerana ketinggiannya yang mampu menjaringkan gol dengan tandukan.

Akhir kata, pemain bahagian serangan yang lebih mampu menjaringkan gol perlu ditandatangani atau besar kemungkinan kita bakal menanggung kesan yang besar dengan tiadanya penyerang yang baik. Saya juga berpuas hati dengan permainan barisan pemain tengah. Pemain pilihan saya dalam perlawanan ini adalah Downing, Adam, Lucas & Reina. YNWA!!

No comments:

Post a Comment