Pages

Thursday, August 4, 2011

Steven Gerrard Is Our Captain!! (Bahagian 2)

Musim 2000-01 adalah waktu dimana Stevie mendapatkan trofi pertamanya. Piala Liga, Piala FA dan Piala UEFA adalah trofi yang dimenanginya dan kejayaan ini bertambah bermakna setelah Stevie berjaya mengatasi masalah kecederaannya dan membuat 50 penampilan dalam skuad utama.

Stevie menjadi pemain yang berpengaruh pada musim 2001-02 berikutan kemengan treble pada musim sebelumnya. Memainkan peranan penting sepanjang musim 2001-02 dan menyaksikan, LFC menduduki tempat kedua dalam Liga Perdana. Akibat dari masalah kesihatan Houllier, pasukan mulai mengalami kemerosotan dan persembahan pasukan terlalu mengharap kepada Owen dan Gerrard.

Musim 2002-03 adalah musim yang menyaksikan Stevie mengalami kemerosotan pada awal musim. Dia mengakui bahawa masalah penceraian ibu dan bapanya telah banyak menjejaskan tumpuannya dan akhirnya dia menjadi mangsa kritikan secara terbuka dari Houllier dengan mengatakan bahawa Stevie tidak memberi fokus penuh terhadap permainannya. Namun pada pertengahan musim, dia kembali ke landasan dan menyaksikan Stevie mengakhiri musim dengan Piala Liga dengan menewaskan Manchester United, 2-0.

Stevie menjadi kapten LFC pada musim 2003-04, sekaligus mengukuhkan tempatnya dalam skuad utama. Menjadi kapten dengan menggantikan Sami Hyppia pada Oktober 2003. Owen lega dengan perlantikan Stevie sebagai kapten dan itu dinyatakan dalam autobiografinya. Meskipun Stevie menunjukkan peningkatan, pasukan LFC masih lagi terkapai-kapai dan musim ini berakhir tanpa trofi. Pada musim inilah Stevie berfikir untuk meninggalkan LFC dan dia telah dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea. Namun akhirnya dia bersetuju untuk bersama dengan LFC bersama pengurus yang baru.

Musim 2004-05 menyaksikan Owen dijual ke Real Madrid dan kelab berhadapan masalah penyerang pada masa itu dengan Djibril Cisse pula mengalami kecederaan serus. Stevie sendiri mengalami kecederaan pada bahagian kakinya dan dia tidak dapat beraksi sehingga hujung November 2004. Kelab pada ketika ini sudah pun terkeluar dari persaingan kejuaraan Liga Perdana dan kelab juga diasak untuk kekal di Liga Juara-Juara. Meskipun begitu, Liverpool Berjaya mara hingga ke peringkat akhir dan bertemu AC Milan pada aksi akhir. Kepimpinan serta semangat juang Stevie terpancar jelas pada aksi akhir Liga Juara-Juara dengan membawa pasukan bangkit dari ketinggalan 3-0 pada babak pertama dan menjuarai Liga Juara-Juara buat kali kelima bagi LFC. 
Bersambung…..

No comments:

Post a Comment