Pages

Thursday, August 4, 2011

Steven Gerrard Is Our Captain!! (Bahagian 1)

Stevie dilahirkan di Whiston, Merseyside, London. Dibersarkan di kawasan kejiranan Huton dan dia menghabiskan zaman kanak-kanaknya disitu.

Stevie bermula dengan bermain untuk Whiston Juniors dan setelah bakatnya dikenalpasti oleh peninjau Liverpool, dia menyertai akademi remaja The Reds pada usia 9 tahun. Pelbagai ujian dan kelab dicuba oleh Stevie namun kejayaan tidak hadir dan Stevie, gagal dalam pemilihan pasukan England Schoolboys. Tidak seperti Owen, Robbie Fowler dan Carragher yang merupakan penyokong Everton dari kecil…Steven Gerrard adalah penyokong LFC sejak dari kecil dan Steviemenyertai LFC sebagai pelatih semasa masih menuntut di sekolah.

Musim 1998-99 adalah musim debut bagi Stevie. Setelah menandatangani kontrak pada 5 November 2007, Steie membuat debut untuk kesebelasan utama pada 29 November 1998 dalam pelawanan menentan Blackburn Rovers. Membuat 13 penampilan semasa musom debutnya, mengisi kekosongan bahagian midfield bagi menggantikan Jamie Redknapp yang cedera namun, tidak banyak yang dapat disumbangkannya dalam masa yang singkat itu.

Musim 1999-00 adalah musim dimana Gerard Houllier memulakan perlawanan dengan mengandingkan Stevie dengan Redknapp dan setelah 6 perlawanan dalam skuad utama, Stevie kembali ke bangku simpanan. Di penghujung musim, Stevie menjaringkan gol senior pertamanya ketika menang ke atas Sheffield Wednesday. Stevie pernah mengalami sakit belakang yang berulang hingga ramai wartawan mengatakan bahawa Stevie bakal dirindui sepanjang musim penuh pertamanya namun, houllier mengambil inisiatif dengan memanggil pakar dan akhirnya bertemu dengan Hans-Wilhem Muller-Wohlfarth. Selepas rawatan dan diberi jaminan mengenai masalah sakit belakangnya, Stevie mengalami masalah pada bahagian paha dan memaksanya untuk mengambil 4 pembedahan dan kemudian menjalani rawatan pakar di Perancis. Punca kecederaannya adalah kerana terlalu kerap bermain pada usia remaja.

Bersambung…..

No comments:

Post a Comment