Pages

Sunday, August 21, 2011

Laporan Penuh Perlawanan Arsenal-Liverpool !!

Alhamdulillah…3 mata penuh yang diharapkan hadir ketika menentang Arsenal di Emirates. Gol sendiri dari Ramsey dan gol jaringan Suarez meranapkan hati pasukan bimbingan Wenger yang baru sahaja kehilangan Fabregas.
Adam cuba mengekang Arshavin.
Nasri melancarkan serangan.
 Babak pertama menyaksikan aksi yang seimbang…gerakan-gerakan dari Nasri dan Persie sesekali mencemaskan pertahanan Liverpool dan begitu juga dengan Liverpool. Banyak percubaan dilancarkan oleh kedua-dua belah pihak. Carroll sekali lagi menggalas tugas penyerang solo dan dia masih memaparkan aksi yang kurang menyerlah. Walaubagaimanapun dapat kita lihat kesungguhannya dalam setiap serangan tetapi ada sedikit kekurangannya. Jika dikaji semula kebanyakkan serangan berakhir dengan Carroll dan kebanyakkan peluang hadir dalm bentuk serangan udara. Ini memudahkan pihak lawan menjangka apa yang cuba dilakukan oleh Carroll. Usaha yang lebih diperlukan oleh Carroll untuk menjadi penyerang yang disegani lawan. Kelly saya anggap adalah calon yang sesuai untuk menggantikan Johnson dengan bertahan dan membantu serangan dengan baik. Lucas juga bermain dengan mantap. Saya yakin ramai yang berpuas hati dengan dia. Dia bukanlah seperti The Monster Mascherano tetapi setiap bentesan dan lorongannya sangat membantu pasukan. Amat berpuas hati dengan barisan tengah dan pertahanan Liverpool dan saya berpendapat, King Kenny berjaya menutup mulut ramai pengkritik dengan pembelian beramai-ramai pemain bahagian tengah untuk musim ini.
Gol pertama Liverpool hasil tekanan dari Meireles dan Suarez.
Gol kedua Liverpool disumbang Suarez hasil hantaran dari Meireles.
Babak kedua menyaksikan pemain Arsenal, dilayangkan kad merah. Dengan hanya sepuluh orang bemain, Arsenal mula kelihatan goyah. Suarez dan Meireles dibawa masuk pada pertengahan separuh masa kedua dan ternyata, kehadiran mereka berdua mendatangan sinar. Serangan dari Liverpool kelihatan lebih rancak dan bertenaga dan akhirnya, hasil gerakan  yang cantik dari Meireles dan Suarez mengelirukan pertahanan Arsenal lalu menghasilkan jaringan sendiri dari Ramsey. Kemudian gol kedua muncul juga dengan hasil dari gerakkan Meireles dan Suarez tetapi kali ini dijaringkan oleh Suarez. Di separuh masa kedua ini menampakkan perbezaan yang jelas antara Carroll dan Suarez. Serangan Carroll dilihat mengharapkan sokongan dari pemain lain. Biarpun setiap serangannya berjaya menuju ke jaring lawan namun, setiap dari seranganya itu boleh dibaca penjaga gol lawan dan kelihatan senang dipatahkan dan ini berbeza dengan Suarez. Selain mampu menggelecek lawan dengan baik Suarez juga mahir dalam menggunakan kedua belah kakinya bagi menghasilkan gerakan yang cantik dan dapat dilihat dia menggunakan sokongan dari rakan lain dengan baik.
Gooolllll!!!!
Apa-apa pun yang dapat saya simpulkan ini, saya yakin bahawa Liverpool akan berjaya. Sememangnya Liverpool adalah pencabar Liga Perdana Inggeris pada musim ini. Pemain-pemain seperti Carroll, Flanagan ada lebih banyak lagi untuk ditunjukkan kepada dunia bolasepak. Pemain pilihan saya kali ini adalah Suarez, Meireles, Downing, Kelly, Adam dan akhir kata dari saya…YNWA!!

No comments:

Post a Comment