Pages

Wednesday, August 24, 2011

Laporan Penuh Perlawanan Exeter City - Liverpool !!

Pemandangan St. James Park sebelum perlawanan.
King Kenny dalam kemenangan ke 200 dibawah kendaliannya.
Liverpool bertandang ke St. James Park untuk perlawanan menentang Exeter City dalam saingan Carling Cup dan menyaksikan Suarez, Maxi dan Carroll menjaringkan gol kemenangan 3-1 ke atas Exeter City. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan ke 200 dimenangi Liverpool di bawah pengurusan Kenny Dalglish.
Suarez menjaringkan gol pertama perlawanan.
Babak separuh pertama menyaksikan Suarez menjaringkan gol pertama perlawanan setelah hantaran lintang Henderson gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan dan Suarez yang tidak dikawal baik menjaringkan gol pertama. Suarez bermain dengan baik. Dia menyerang dengan menggerakkan bola kehadapan dengan dibantu Henderson, Maxi dan Adam dibelakangnnya. Skrtel diberi peluang bermain kali ini dan dia nyaris menjaringkan gol pertama Liverpool setelah sepakan sudut Liverpool gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan namun, percubaannya menerjah bahagian tepi gawang lawan. Meireles dibawa keluar akibat kecederaan dan Carroll dibawa masuk menggantikannya. Saya agak terkejut kerana Carroll yang dibawa masuk dan bukan Downing kerana, posisi yang ditinggalkan Meireles dan peranan sebenar Carroll yang berbeza. Ini bermakna taktikal perlu diubah dan saya berasa adalah terlalu awal untuk menukar tektikal namun, “In King Kenny We Trust” dan menunjukkan perubahan yang positif dalam skuad selepas itu. Babak pertama berkesudahan 1-0.
Maxi menjaringkan gol kedua perlawanan.
Penjaring gol ketiga perlawanan, Carroll.
Babak separuh masa kedua menghasilkan 3 gol lagi dengan 2 gol milik Liverpool dan satu gol lagi berpihak ke Exeter. Suarez mengumpan cantik bola kepada Maxi dan dengan mudah Maxi menjaringkan gol kedua perlawanan. Suarez membawa bola kehadapan dengan baik hingga hampir semua pertahanan terarah kepadanya dan ini memberikan sedikit ruang kepada Maxi dan GOL. Akhirnya Andy Carroll menjaringkan gol pertamanya dan ketiga perlawanan. Juga diumpan cantik oleh Suarez dan meskipun Carroll berhadapan dengan pertahanan lawan ianya tidak menjejaskan serangannya dan dia melepaskan sepakan padu kea rah gol lawan menjaringkan gol pertamanya musim ini. Dengan 3 gol dihadapan Liverpool kelihatan selesa namun, pada lewat perlawanan, Skrtel melakukan kesilapan dan ianya mengundang padah apabila Exeter diberikan sepakan penalti. Nardiello mudah menjaringkan gol penalti dan mengubah kedudukan ke 3-1 tetapi ianya tidak mempengaruhi perlawanan dan akhirnya Liverpool memenangi pelawanan dan mara ke pusingan ketiga Carling Cup.
Setiap jaringan diraikan bersama.
Masih gembira meskipun gagal mendapatkan "cleansheet".
Sudah tentu saya memilih Suarez sebagai pemain terbaik perlawanan pilihan saya kali ini. Dia bukan sahaja menjana serangan tetapi dia turut menggerakkan bahagian tengah bersama-sama pemain tengah yang lain. Pemain yang saya lihat perlukan lebih peningkatan adalah Flanagan. Persembahannya adalah baik jika dibandingkan dengan usianya namun, jumlah pemian yang ada diposisinya bukanlah sesuatu yang perlu dia lepas pandang. Tahniah diucapkan kepada Carroll kerana Berjaya menjaringkan gol pertamanya musim ini dan jaringannya memastikan kemenangan selesa Liverpool di St. James Park. Akhir kata dari saya, YNWA!!

No comments:

Post a Comment