Pages

Tuesday, August 16, 2011

Pendedahan Panas!! Kad Kahwin Ashraf Muslim Terbongakar Sudah!!

Ramai yang sudah tahu mengenai Ashraf Muslim sudah bertunang dan bakal mendirikan masjid tidak lama lagi tetapi, tahukah anda akan reka bentuk kad kahwin Ashraf? Hari ini, Gatal Tangan mendedahkan bagaimana rupa kad kahwin artis ini yang lebih dikenali sebagai Ustaz Amirul.

Kadkahwinku.com adalah sebuah syarikat percetakkan yang terkenal dengan rekaan  kad kahwinnya dan syarikat ini jugalah, yang menggalas tanggungjawab sebagai pereka kad kahwin Ashraf Muslim. Bewarna ungu, bercorak islamik serta menampakkan ciri-ciri kemewahan antara sifat yang dapat dilihat melalui kad kahwin Ashraf ini namun, kad ini ternyata lebih dari sekadar kad jemputan kerana isi dalamnya lebih baik dari sekadar kad jemputan.
Kiri : Edisi Khas   Kanan : Kad Jemputan
Hidayahku nama diberi. Bagaikan sebuah Al-Quran, kad ini mengandungi Surah Al-Fatihah, Surah Muhammad (ayat 21-32), Jemputan Perkahwinan, Doa Puitis serta Peta. Ini adalah kali pertama saya melihat kad kahwin yang sebegini rupa. Permulaan kad didahului dengan surah Al-Fatihah dan kemudian surah Muhammad ayat 21-32. Surah Muhammad ini adalah kehendak Ashraf sendiri kerana kelebihan membaca surah ini amatlah bermakna. Menurut Ashraf, surah ini mampu mempermudahkan urusan seharian kita dengan izinNya.
Kemudian bahagian jemputan. Yang menarikknya dalam bahagian jemputan ini adalah dari rekaan kerawangnya yang menyerupai kerawang di dalam Al-Quran serta penggunaan font jawi. Walaupun menggunakan jawi, bahasa melayu turut disertakan dibawah ayat bertulisan jawi seperti Al-Quran beserta terjemahaannya.
Ini adalah bahagian info jemputan. Menarikkan?
Diikuti dengan Doa Puitis yang diberi sendiri oleh Ashraf kepada kadkahwinku.com menjadikan kad ini lebih menarik. Doa ini ternyata amat menarik untuk dibaca walaupun panjang dan bertulisan jawi!! Pada mereka yang kurang mahir dalam jawi, perlulah pertajamkan jawi anda atau anda akan terlepas kad hebat ini.
Peta juga sebahagian daripada keistimewaan kad kahwin ini. Direka bak peta harta karun kuno atau peta zaman dahulu, menghiasi bahagian akhir kad ini. Juga menggunakan jawi sebagai font utama dalam kad ini tetapi bahasa melayu turut disertakan bagi memudahkan penerima kad.
Peta ala-ala peta kuno ini menambahkan nilai kad ini. Terbaik dari kadkahwinku.com.
Untuk pengetahuan anda semua, kadkahwinku.com ada juga membuat satu kad khas untuk Ashraf. Cover kad itu menggunakan kain baldu bewarna unggu dan beserta hot stamping bewarna emas seperti seorang raja bertatahkan emas dibadannya. Kad edisi khas ini lebih menarik dan hebat dari kad yang ingin diedarkan Ashraf. Bayangkan…kad yang pertama sudah hebat dimata ramai orang inikan pula edisi khasnya…!! Ini membuktikan kebolehan kadkahwinku.com dalam pembikinan kad.
Kad Edisi Khas....baldu tu. Nampak mewah kad edisi khas ni.
Akhir kata, kad terbaru ini adalah rekaan terhebat yang pernah ada di kadkahwinku.com dan mana-mana kedai kad kahwin. Rekaan kad kahwin ini menjangkaui rekaan kad kahwin yang sedia ada sekarang dengan ciri-ciri mewah, unik dan pelbagai manfaat. Anda boleh menyaksikan sendiri kad kahwin Ashraf Muslim ini sendiri di Perhentian Bas Kajang, Jalan Reko. Di sini, pelbagai lagi kad kahwin yang menarik boleh ditempah.

No comments:

Post a Comment